Jun 23, 2013

Arc de Triomphe

Aku, bapa Izan, bapa siapa entah, dan juga seorang lagi gua pun tak tahu. Kami semua dalam kereta. Bapa Izan memandu, disebelahnya bapa siapa entah. Aku bersama orang tak dikenali duduk di tempat duduk belakang. Kereta Toyota lama, aku tak tahu Corona ke Coralla ke. Kami terus menyelusuri jalan yang ada di hadapan. Jalan kosong. Tiada kereta lain. Tiada kereta dari atah beretentangan.

Puas kami melalui jalan kosong itu tiba-tiba kami sudah sampai di tebing. Jalan yang bakal ditempuhi adalah jalan yang dibuat di tebing betul-betul di tebing. Sebelahnya adalah laut. Jalannya bengkang-bengkok juga namun berturap cantik macam di litar. Bapa Izan memandu biasa tidak laju, tidak perlahan. Beliau berjaya menguasai setiap selekoh. Gua yang duduk belakang sebenarnya gayat bukan main. Kau bayangkan kau tengok laut sebelah tu jauhnya dari jarak tebing, macam mana aku nak gambarkan pun tak tahu, yang penting gumpalan ombak tu halus-halus je aku nampak. Setan. Yang bapa Izan ni pun memandu boleh tahan, macam dekat lebuhraya empat lane. Fuck. Apasal aku boleh ikut dia orang ni. Apasal. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah.

Tiba-tiba dari kejauhan kami nampak lori datang dari arah berlawanan. Halaju lori itu mirip dengan halaju kereta kami. Agak bahaya sebenarnya sebab lori itu dah mula makan jalan kami. Dalam keadaan genting demikian, tiba-tiba depan kami macam ada side-table jalan yang boleh membuat kereta kami menghimpit habis ke bibir tebing. Jadi bapa Izan segera mengemudi kereta dan menghimpit sampai separuh tayar luar keluar dari tebing. Gua punya pucat kali itu, jangan cerita lah. Jalan tiada penghadang untuk mengelak kau jatuh dari tebing. Namun atas berkat Tuhan masih mahu kami bernyawa, kami dapat melepasi lori itu, dan juga masuk kembali ke jalan yang benar. Selepas berjaya lepas, kami terus memecut. Sudah tidak peduli sama lori tadi itu. Bapa Izan sedikit pun tak lihat cermin belakang. Gua yang pucat tadi pun sedikit pun tak pandang laut lagi. Yang lagi dua orang dari tadi senyap. Bapa Izan senyap. Gua senyap.

Kami sudah sampai ke penghujung jalan yang menyelusuri tebing batu tadi. Di penghujung, terdapat sambungan jalan tadi dengan suatu jambatan panjang merentas laut. Jambatan itu punya tinggi tak usah cerita. Namun yang gua hairan, apahal jambatan itu hanya ada satu laluan yang boleh memuatkan kereta kami. Gayat kau tahu, gayat. Sekali tengok macam lebuh raya pun ada. Cuma tiada penghadang jalan. Dalam hati gua menyumpah seranah kontraktor yang buat jalan. Bapa Izan terus memecut bila lihat jalan lurus itu. Pemandangan waktu itu cuma ada satu garisan melintang yang membezakan ruang lingkup laut dan juga langit. Hari makin petang. Dalam sepanjang tempoh kami dalam kereta, tiada seorang pun mengeluarkan suara. Gua jadi runsing. Gua jadi runsing takut-takut kalau gua cuba-cuba mengeluarkan suara, mereka akan humban aku ke laut. Mengikut kiraan logik, organ dalaman gua boleh pecah kalau badan gua menghempas ke laut dalam jatuhan bebas kalau berdasarkan ketinggian macam ini.

Ketika kami pantas membelah angin, tiba-tiba gua nampak sebelah kanan jambatan, dalam jarak pengelihatan masih baik, mucul suatu binaan yang agak usang dari bawah laut secara perlahan-lahan. dapat dilihat dari dalam kereta binaan itu melanggar arus laut dan muncul. Rekaan binaan itu macam muka hadapan Parthenon pun ada, macam Arc de Triomphe pun ada, namun saiznya agak besar, makusd gua sangat besar, gua jadi kaget. Gua masih memerhati binaan itu masih menghamburkan saki baki air laut yang masih tersangkut di celah-celah tiang dan juga mana-mana lah.

KRINGGGG!!! KRINGGGG!!!

Gua tersentak.

Telefon gua berbunyi sambil menggeletar di tepi kepala gua.

Gua jadi hairan.

Gua tak ambil peduli.

Gua masih memerhati binaan usang tadi yang masih basah dan disirami pencahayaan petang.

Gua pun tak tahu nak kata cantik atau tidak, namun gua cuma kagum. Dalam hati gua, kalaulah telefon gua ada kamera. Bapa Izan, bapa siapa entah, dan seorang lagi gua tidak kenal masih diam membisu. Mereka sedikit pun tidak terpengaruh oleh binaan itu. Barangkali mereka orang sini, jadi sudah tidak hairan.

KRINGGGG!!! KRIINGGGGG!!!

Gua tersentak lagi sekali.

Kali ini gua segera capai telefon. Gua pantas angkat sambil tarik nafas panjang. Gua pejam mata kejap.

"Woi helo", gua dengar suara.

"Ha woi", gua jawab dalam suara lekat-lekat kurang air. kemudian gua telan air liur sedikit.

Gua buka mata. Laut tadi ghaib, Binaan tadi ghaib, bapa Izan ghaib, bapa siapa entah pun ghaib, yang gua tak kenal tadi pun entah kemana, gua atas tilam bukan dalam kereta, gua belengging.

"Cilake, tidur!!!", suara dari dalam telefon maki gua.

"Eh mana ada", gua pura-pura.


Kemudian perbualan berlanjutan sehingga dia habis kredit.

Gua tiada niat nak menyusahkan dia mengangkat telefon ketika memandu, jadi gua tak telefon semula. Gua cuma bangun dan ambil air sembahyang.

"Mainan syaitan semua ni", bentak hati gua ketika memulas pili.


p/s: Panjang juga perbualan kami. Tiba-tiba nostalgia-nostalgia lama diputarkan semula. Aku senyum kelat. Sempat aku mengadu sedikit sebanyak pada dia. Setakat ni ada seorang sahaja aku tak simpan langsung rahsia. Kalau aku mati dulu, mungkin dia seorang sahaja boleh tulis balik biografi hidup aku dengan baik. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 20, 2013

Acapkali

Bila bercerita pasal UiTM, bukan main lagi budak-budak melayu ni. Paling top la tu. Lagi-lagi UiTM Shah Alam. Tiba-tiba rasa masing-masing jadi pandai. Tiba-tiba rasa nak membaca hal-hal algebra ke, sejarah melayu kuno ke, hal-hal penadbiran, ke hal-hal apa-apa la. Berikutan belajar pun dah pandai, sikap nak melawa tu kena la ada. Bermula dari pemakaian seluar denim, seluar denim yang bukan-bukan rekaannya, serta baju kemeja kotak-kotak yang mengarut juga rekaannya. Kemudian, benda ni tidak 'pergi' kalau tak disesuaikan dengan pemakaian tudung terkini yang gua pun dah tak terikut mana yang paling terbaru, selain itu kena pakai topi, takda topi pakai la cermin mata bingkai besar tanpa power, itu lebih bermakna.

Berpunca dari permasalahan belajar, pemakaian, sikap juga ada terkait secara tidak langsung. Sikap tak fasal-fasal jadi berani lain macam fasal dah belajar dekat UiTM. Rasa kalau keluar pagar UiTM ni, rasa nak bagi penampar je dekat pakcik yang tengah tunggu lampu merah depan UiTM. Itu gua pun tak tahu kenapa. Yang gua tahu sedap tengok pakcik yang tengah tunggu lampu merah terpinga-pinga, malah kalau lebih teruk pakcik tu tak free gear dan terpulas throttle banyak, lagi nasib tak baik pakcik tu ada gear 1. Terpinga-pinga lalu melambung. Ok. Berbalik kepada sikap. Sikap setiakawan, bila masuk UiTM, rasa setiakawan tu tinggi bukan main. Nak ke mana-mana, mesti dalam satu grup. Tak boleh tinggal. Mesti nak beramai. Adakala melintas jalan, melintas jalan mesti nak dengan gu, baru boleh go.

Bila semua ini dihubungkait, menjadilah suatu umat manusia masa hadapan. Manusia yang berpakaian seluar denim, berani lain macam, tudung haruk pikuk, melintas berteman.

Jadi saya pun seperti biasa, memandu Cadillac Escalade gua yang berwarna hitam dan mempunyai bumper hadapan yang diubahsuai seakan penyodok bajak dan tak lupa decal nombor '3' pada pintu pemandu dan penumpang hadapan. Saya memandu berhati-hari melalui susur kiri berhadapan gerai makanan segera Kentucky. Kemudian saya pun menyanyi-nyanyi selepas menghimpit ke kanan. Jalan itu satu hala, jadi gua impit kanan habis. Tatkala gua dah mula rangkap ke dua, terpandang pada dua gadis sedang melintas, namun mereka hanya memandang sebelah kiri mereka sahaja. Gua jadi tidak sampai hati untuk melanggar mereka jadi gua mengelak ke kiri jalan sambil sempat dam lampu, manakala mereka sudah berjaya melintas dan masih memerhati kenderaan dari kiri. Akibatnya gua sudah menghentam beberapa zombie yang sedang lahap memakan babi hutan. Gua pun mula rasa bersalah terhadap zombie.

Dari tingkap Cadillac Escalade gua memerhati perempuan-perempuan tadi melintas dengan bahagia.

Gua kembali mengemudi Cadillac Escalade menuju kawasan kejiranan gua.

"Ini lah akibatnya belajar di UiTM, pakaian dah mula bukan-bukan, sikap pun dah mula berani lain macam, badan pun barangkali sudah jadi kebal, manakala otak kau dah kemana, kau nak melintas jalan di Malaysia, kereta semua datang dari arah kanan, yang kau sibuk memerhati kenderaan dari kiri dah apahal? apahal!!! apahal gila!!!?", gua marahkan makwe UiTM, zombie dilanggar. Gegak gempita seluruh kejiranan gua akibat gua mengeluarkan suara secara pukal. Lalu suara gua jadi bergema-gema dia seluruh pelusuk bandar.

Gua ternampak bangunan IPD runtuh separuh.

Barangkali terkena gemaan suara gua.

Gua senyum sambil mengacukan senapang ke arah zombie-zombie yang berkeliaran.



p/s: Gua tak paham asal jerebu je sekolah tutup, abis gaji Anip kira macam mana? Entah ye je budak-budak tadi budak UiTM, gua bedal je. TNC cari gua ni kang besok. kakakakaka
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 15, 2013

Sentimental 2013

"Helo, kat mana tu?", makwe dia telefon.

"Kat kedai ni dengan Pert", dia jawab.

Gua hirup air. Kami tonton gusti secara tak serius.


*       *       *

"Helo, kau kat mana tu?", kawan dia telefon.

"Aku kat warung depan mesjid ni, dengan Pert", dia jawab.

Gua makan goreng pisang. Sambil dia melukis atas meja warung.


*      *      *

"Kau nak keluar pergi mana?", mak dia tanya.

"Nak pergi kedai, lepas tu minum kejap dengan Pert", dia jawab.

"Pergilah", maknya membenarkan kerana tahu Pert itu luhur pekertinya.


*      *      *

"Woi, datang sini kejap", seorang kawan telefon.

"Apahal?", dia jawab.

"Ni, Pert ni tadi keluar tak balik-balik, aku risau dia eksiden ke apa ke", kawannya menerangkan.

"Kau tunggu", dia terus keluar ambil kereta dan meluru mencari Pert.


*      *      *


"Weh, pinjam duit doh, gua nak bayar yuran ni", gua meset dia.

"Kau ok tak, aku ada 300, kalau kau nak 400 pun boleh", dia terus telefon.


*      *      *


"Kau tahu tak jalan nak pergi tempat temuduga kau?", dia tanya.

"Tak", gua jawab.

"dah jom", dia dan gua terus masuk dalam kereta meluncur di lebuh raya.



p/s: Hari ini dia ada majlis. saya tidak hadir. Saya harap dia gembira selalu. :) Banyak kalau nak ditulis satu persatu. Tapi pada gua tak perlu untuk kali ini. Dan bila gua baca balik entri ni, macam setan pun ada. Kah kah kah. Mungkin bila kita semakin meningkat usia, kita akan jadi sentimental secara tak fasal-fasal.  

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 14, 2013

Pengembaraan Ruh

Saya perlu berjalan-jalan. Walau macam mana pun saya perlu berjalan-jalan. Saya perlu berikan saya sedikit masa untuk saya berjalan-jalan. Jadi saya mengambil masa tidur saya untuk saya berjalan-jalan. Buat masa ini. Buat masa ini, saya perlu latih ruh saya berkhidmat secara berkesan. Saya perlu latih ruh saya mengembara ke negara-negara yang siang pada ketika di sini waktu malam. Jadi saya boleh berjumpa dengan macam macam manusia. Saya perlu latih ruh saya berinteraksi dengan jasad lain. Lebih kepada perbualan. Perbualan adalah penting. Jadi saya perlu belajar bahasa asing untuk menjadikan pengembaraan saya itu bermakna dan boleh dibuat kenang-kenangan. Apabila tiba di Amerika Syarikat saya boleh berbual dengan pengedar dadah yang datang dari Sinaloa. Mungkin saya tak bertanya soal dadah atau cara pengedaran, saya mungkin bertanya hal tentang "Bagaimana kamu beriman?" atau "Ada apa dengan cinta?" atau "Bro, nampak motor gua tak?". Soalan terakhir macam babi jugek. Mungkin kalau saya berjaya kawal ruh saya ke tempat yang tidak pernah dijelajahi manusia, contohnya mantel bawah lapisan kerak bumi. Saya berenang-renang dalam lava barangkali. Entah-entah saya dapat berbual dengan hidupan yang wujud di sana. Siapa tahu.

Jadi malam ini paling jauh mungkin saya akan ke bank berdekatan dan berbual dengan pengawal keselamatan. "Pakcik, saya tengok pakcik ni tidur je dari tadi, senapang tu load ke tak sebenarnya?". Mungkin saya akan bertanya demikian. Tidak sudah dengan itu, saya mungkin ke England sekejap. Jangan kata tak logik, bila saya di zon ruh, segalanya mungkin. Masa itu tidak terpengaruh. Kerana masa juga perlu masa untuk bersiar-siar.

Kalau semua mungkin di alam ruh, apa yang tak mungkin? Entah. Bila bercerita soal ruh, ramai ingin melarikan diri tak mahu ambil peduli. Mungkin mereka kata bila ruh bergerak sendiri tanpa jasad, itu tidak realistik. Tapi apa jadi kalau jasad bergerak tanpa jiwa, tanpa ruh. Zombie? Zombie kepada duit-duit kau? Zombie kepada gadjet kau? Zombie kepada lagu-lagu yang kau nyanyikan? Zombie kepada persembahan kau? Mungkin kata-kata gua tidak realistik, 'Mahu kawal ruh sendiri ke tempat yang disukai'. Tapi siapa tahu perkara itu boleh. Yang berkenang-kenangan adalah ruh, yang merasa adalah ruh, yang menikmati adalah ruh. Kau pernah rasa menggigil yang kau tak tahu kenapa ketika tim bola pujaan kau memenangi piala? Zombie kau? Entah aku pun tidak tahu. Kau pernah rasa rindu kepada mak kau, dan rasa sebak? Zombie kau sebak?

Tapi ramai akan menentang sebab saya banyak timbulkan kata 'mungkin'. Ya, soal yang depan memang saya letakkan perkataan mungkin. Itu halnya bertitik tolak dari ketidak tahuan. Proses meneka masa hadapan tidak berlaku dalam keadaan yang telalu mengikut kiraan matematik. Contohnya, saya minta pada seorang pelayan kedai minuman, "Hai encik berbulu dada lebat, saya mahu minum air kopi tarik". Dia jawab, "Ok!". Lat berapa ketika, encik berbulu dada jadi bodoh yang saya tidak tahu datang dari mana bodoh dia tu. Yang tiba di meja saya adalah air laici. Kebarangkalian untuk masa hadapan walaupun masa hadapan itu hanya tiga minit adalah mungkin untuk segalanya. Saya hanya boleh kata selepas saya meminta air kopi awal tadi, "Mungkin saya akan dapat air kopi ni kejap lagi". Hal ini, kerana segalanya yang ada di depan, walhal di belakang adalah qodok dan qadar.

Berbalik kepada kawalan ruh.

Ada yang pernah berbicara dengan saya soal astral. Tapi saya tidak mengkaji dalam-dalam ilmu itu. Kerana zaman sekarang bukanlah zaman mencari ilmu secara real. Cuma untuk bergaya-gaya sahaja dengan sijil. Kalau mahu sijil apalah kiranya kita ke kedai percetakan dan cetak la satu sijil. Dan apalah kiranya jika kita mencari kawan yang menjaga sistem data pembelajaran Malaysia ini supaya memasukkan nama kita menjadi orang yang mempunyai keseluruhan sijil yang kita mahu. Soalnya sekarang aplikasi pembelajaran dan silibus pembelajaran di sini kurang ertinya, ini daripada pengalaman sayalah. Dan sekarang kisah ruh sudah terpesong sampai ke cerita apa bende ni cilake.

Jadi saya mahu keluar berjalan-jalan ini. Saya mahu jumpa kawan-kawan saya. Jikalau saya rasa perlu untuk menyambung kisah pengembaraan ruh ini, saya pun baring.

Saya mahu meraikan hidup ini selagi boleh. Kenapa saya perlu duduk sahaja sedangkan tanah masih luas.





p/s: Saya perlu cari sponsor. Projek ini kalau tidak ada sponsor mati kutu jugak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 6, 2013

Skinafik

"Fuck government! Fuck capitalist! Fuck police! Fuck democracy! Fuck monarchy!! Fuck integrity! Fuck eltabina! Fuck monorail! Fuck electricity! Fuck off!! Fuck all the fucking fuck!!"

Hamit itu menjerit sambil memejam mata. Tidak berapa detik kemudian dia membuka mata dan sengih terhadap gua.

"itu dulu la, zaman bodoh, semua benda nak di'fuck'kan", tenang Hamit menenangkan keadaan sambil disudahi dengan ketawa berdekah-dekah. Malam itu tidak sunyi. Lebuhraya utara-selatan jarang-jarang sunyi. Lagu-lagu dalam pendrive itu terus dimainkan di radio kereta.

Zaman sekarang ini sungguh menawan hati, pada ketika saya kerap menaiki kereta ayah, saya hanya dapat pemain kaset sahaja. Ulang-ulang kaset UK's. Sampailah suatu ketika pula ayah saya menukar kereta Honda Accord keluaran tahun berapa saya tidak tahu. Ada pemain cakera padat. Namun apa yang menghairankan, kesemua cakera padat perlu dimasukkan ke dalam suatu kotak yang boleh menyelitkan saya rasa dalam 10 keping sahaja. Dan yang paling menyakitkan hati apabila kotak yang boleh diisi 10 keping cakera padat itu letaknnya di boot kereta. Dan radio akan memainkan lagu dari cakera padat yang dimasukkan di sana. Jika kita memasukkan cakera padat Sweet Charity (yang ini bapa gua kerap pasang) pada slot nombor 3, jadi dekat radio kita perlu pilih slot nombor 3. Jika tidak, mahu tak mahu kau kena dengar Los Indios Tabajarasm sebab yang itu pakai kaset, lancar mudah boleh ditukar-tukar tanpa berhentikan kereta. Zaman sekarang mp3, mp4, wma, entah apa benda format muzik semua boleh dimainkan di dalam kereta sambil memandu tak perlu berhenti dan buka boot kereta.

Gua terketawa melihat gelagat Hamit. Mana tidaknya, betul juga apa dia kata, pada usia muda remaja sering terikut-ikut ajaran yang bukan-bukan. Tapi kalau nak dilihat sampai sekarang, Hamit memang ganas. Memang skinhead yang harcore. memang. Dari raut wajahnya sahaja cukup boleh membuat seorang imegresen menahannya di lapangan terbang. Tuduhan-tuduhan seperti membawa senjata api, perampas kapal terbang, penembelih dajal adalah tuduhan biasa. Kalau tidak ya-ya, tidak berani nak tegur Hamit. Namun Hamit seorang yang periang sebenarnya.

Lagu 'Still into you' berkumandang.

"Apasal lagu-lagu dalam kereta ni tak skinhead langsung?!!", Hamit bersuara.

"Ah, diam, aku nak dengar lagu ni", gua bangkang.

Bila bercerita mengenai ideologi skinhead, Hamit memang banyak tahu walaupun tidak total. Tapi yang betul mengkagumkan ialah perwatakan, bagi Hamit knowledge itu tidak sepenting amali. Kenapa perlu ada teori kalau tidak perlu dipraktikkan, itulah ujaran Hamit. Bagi Hamit, skinhead bukanlah seorang kaki amuk, menterbalikan meja makan di warung Ain Farahin, menerajang pintu tandas awam, merompak gerai buah buahan, mencuri kaset Cock Sparrer, melakukan seks bebas di bawah tangga kompleks universiti, bukan, bukan itu semua. Apa yang penting adalah menjadi manusia berguna di bawah tatacara skinhead, berkawan, bergembira walaupun hal yang kecil, tidak mengambil dadah. Dan Hamit bukanlah seorang yang meminum arak setakat pengetahuan gua. Dan dia tidak melakukan seks bebas. dan dia tak pernah melakukan seks. Fucking brilliant! Dan jika seorang skinhead itu tidak pandai main muzik, maka berpuisilah ia. Dan jika dia tidak pandai berpuisi, mendengar subjek-subjek yang baiklah ia, itulah kefahaman Hamit. Hamit sudah besar, dia tidak perlu fuck segala benda yang dia tak suka. Dia sudah boleh berfikir. Berapa ramai kawan Hamit mengambil dadah, dia tidak peduli, jika dia hanya boleh menegur, dia hanya menegur, jika tidak dia hanya gelak melihat gelagat kawan-kawannya.

Lagu 'No matter what' pula bermain kalau mengikut tafsiran gua.

"Cekecak hah hah!, Cekecak Hah Hah!", Hamit tiba-tiba mengalunkan intro lagu No Matter What. Berdesir-desir sambil meliang lentok kepalanya sambil mata terpejam-pejam manja.

"Fuck, skinhead apa benda ni?", gua bangkang perbuatannya. Mendengar lagu Boyzone tiada masalah pada gua, namun menggayakan aksi cara menyanyi Stephen Gately memang gua tak boleh terima. Lain kalau Ronan Keating.

"Lu baru tengok gua layan boyzone, belum lagu IamNeeta lagi", Hamit menyengih.

"Fuck!!! skinafik!!!"

"Skinafik apa?"

"Skinhead munafik!!!"


p/s: bab IamNeeta sedikit sebanyak gua dengar la kalau radio ada pasang. Kalau tak memang gua dengar playlist zikir.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 5, 2013

Surat Dari Kremlin XV

"Saya tahu siapa yang boleh dapatkan.", Paskal berseloroh. Matanya bersinar-sinar tanya keyakinan.

"Betul kau tahu orang boleh dapatkan segala benda yang aku nak?", tanya Isak Rizkov mahukan kepastian.

"jangan risau, yang penting dia cuma mahukan duit, itu sahaja", Paskal menerangkan proses sedikit sebanyak.

"OK, kalau macam tu", sambil menegeluarkan satu kantung dipebuat dari kulit yak. Ada suatu tahun di mana Isak Rizkov kerap berjalan-jalan serata dunia, dan pada ketika itulah dia berjaya mendapatkan kantung ini di sebuah perkampungan di Tibet.

"Dalam ini ada duit cash, kalau tak cukup beritahu.", Isak Rizkov berkata lantas melempar kantung itu ke Paskal.

"Baik bos", Paskal kemudiannya berundur ke pintu sambil menurunkan sedikit depan topinya seraya keluar dari bilik itu.

"Ceh, budak-budak zaman sekarang, duit, duit, duit. Mereka tak tahukah yang besok mati bukan boleh bawa duit pun", Isak Rizkov membebel-bebel sendirian sebaik sahaja yakin Paskal sudah tiada di sebalik pintu.

*      *      *

Grigorii turun ke dapur. Gelap. Kalau tak salah baru pukul tiga lebih. Masa baik untuk bertahajud. Namun Grigorii peduli apa mengenai tahajud. Yang penting sekarang haus. Haus stail lain macam. Jenis tak ingat punya haus. Jadi mahu tak mahu kena pergi ke peti sejuk ambil air dan minum.

SQUEKKKK!!

"Fuck!!!", Grigorii terjerit dalam bisik lantas menganjal kebelakang sedikit dari pintu peti sejuk.

Pintu peti sejuk pun macam jahanam berbunyi pesen cerita seram yang stail ada saka dalam rumah. Fucking betul mengejutkan aku, bentak Grigorii.

Lampu dari dalam peti sejuk menerangkan sedikit-sedikit ruang dapur. Semuanya samar-samar. Hatta Grigorii pun samar-samar.

"Eh, ni apa benda celake betul malam ni, ni", marah Grigorii lagi.

Dalam peti sejuk:

- ada kepingan cheese Lactima
- bawang besar
- dan botol kosong 100 plus.

"Woi, gua haus bukan main ni, jangan main-main la", keluh Grigorii sambil menghempas pintu peti sejuk.

Grigorii capai cerek dan jerang air.

Dalam ketika menjerang air Grigori bersandar sebentar di dinding dapur menghadap tingkap.

BUSSHHHHHH KROOOMMM!!!!

Grigori tersentak dan menganjal ke kirinya. Ekor matanya menjeling ke arah jamban rumahnya sambil kepalanya antara mahu tidak mahu menoleh ke arah jamban. Jamban tertutup rapat. Ada kemungkinan yang bukan-bukan ni, detik hatinya.

"Siapa pula yang flush jamban?", Grigorii segera mencapai gergaji berantai di bawah dapur.

WENGGG!!! BUS!! WENGGG!!! BUSS! BUSS!! BUSS!! WEEEEEENNNNNNGGGGG!!!!!

Dengan segala kudratnya Grigorii melulu ke pintu jamban sambil tangannya mengukuhkan pegangan pada gergaji berantainya dalam kedudukan 90 darjah man-man dari sudut menegak pintu.

WWEEENGGG!!!!!

WEEEENNNGGGGG!!!!

PRAKKKKK!!! Grigori menyepak pintu yang sudah dibelah secara tidak siuman itu.

Pintu jamban runtuh ke dalam.

"WOIII!!! fucking, kau ni dah hilang akal ke apa?", bentak Beth.

BRRRR.. DUDUDUDUDUDUD!

"aku nak berak ni setan, kau perangai macam jahanam dah berak tadi petang bukan nak flush!!!", raung Beth lagi yang baru sahaja menanggalkan seluar dalamnya.

BRRRR.. DUDUDUDUDUDUD!

"mmm... maaafff", GrigoriI mematikan enjin gergaji berantainya.

"Dah berambus", Beth menengking.

"Kejap, aku nak tanya, kau minum air 100 plus aku sampai habis ke?", Grigorii mengaju soalan yang boleh buat orang hendak berhadas kecil memberontak dan turun ke jalan.

"Ye, aku habiskan, dah, dah, aku nak berak ni la setan", jawab Beth tenang sambil menggoyang tangan kanan membuat isyarat menghalau.


Grigorii kembali semula di depan cerek.

"Menyesal pula gua masak banyak-banyak air ni, lambat pulak masaknya"


KALAU BERANI SAMBUNG

p/s: ekoran gua dah lama tak lihat sebarang sambungan cerita SURAT DARI KREMLIN di blog Tong-Geng, jadi gua ambil inisiatif untuk menulis sedikit sebanyak. mungkin benda ini tiada apa lagi buat masa sekarang, tapi siapa tahu besok bakal jadi filem. Kah kah kah.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...