Feb 28, 2012

Muka surat sebelah majalah

Ada satu hari, tahun 2003. gua baca majalah.

Gua baca dan baca dan baca. Tak alih-alih ada kawan muncul dari mana entah nak join baca. Gua kata OK. Kami baca sambil meniarap atas lantai. Jadi majalah tu dibentang depan mata kami sambil kami menongkat dagu.

Kami baca dan baca dan baca. Kami baca dengan tekun. Budak-budak lain ada aktiviti lain. Mereka tak minat membaca. Kami minat membaca. Mereka lebih gemar main lari-lari macam tak berakal. Tapi tak mengapa itu pilihan mereka. Gua tetap dengan etika gua. Benda gemar tak gemar ni tak boleh main ikut-ikut orang, kang penyudahnya lu yang rugi. Hal ni berkait juga dengan hal fesyen, trend dan ideologi.

Gua selak muka surat sebelah.

"eh, jap, aku belum habis yang tadi", kawan gua cakap.

Gua selak balik muka sebelum.

gua tunggu 30 saat. "Dah?", gua tanya.

Dia angguk. Gua selak muka surat sebelah.

Kami baca dan baca dan baca.

Gua selak muka surat sebelah.


"eh, jap, aku belum habis yang tadi", kawan gua cakap.


Gua bangun. Kawan gua masih meniarap. Dia pandang gua dengan mendongak. Gua sengih. Terus gua hayun kaki dua tiga kali dekat dagu dia. Finishing gua stomp dekat belikat.

Gua capai majalah terus baring dekat katil.

Baca sorang.

Gua bukan tak suka kawan nak tumpang baca. Tapi, kalau boleh jangan la bernafas dengan kuat dekat tepi telinga gua. Jenis bernafas sampai rasa angin kau hembus. Setan. Sivik. Sivik.


p/s: etika
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 25, 2012

Pizza

"Bende seni ni perlukan mood. Kalau tak, tak datang sun.", bebel si tua itu sambil mengunyah piza yang baru sahaja dicuri. Barang curi ini lebih terasa kemanisan, kelemakan dan keenakannya.

Gua juga cuba capai sekeping piza dari kotak bersebelahan si tua.

Mata gua terkelip sekali.

"cilake", mulut gua terucap.

Si tua entah hilang ke mana, piza apatah lagi. Gua terus capai pensel.


Gua dah buat perkiraan, hari ini gua akan datang mood.



p/s: apasal makan piza sial mimpi gua. siap kenyang pulak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mary

Gua tengah nak baring-baring, tiba-tiba gua tengok wajah kawan lama muncul dekat muka pintu. Jefri. Gembira bukan kepalang. Celaka. Jenis nak datang tak cakap.

Terus gua ajak pergi minum.

"Woi tunggu aku!!", terdengar anak jiran gua, Azrai jerit dekat kawan-kawan dia yang tengah berbasikal. Masing masing siap dengan baju melayu malam ni. Yang Azrai masih terkial-kial nak sarung baju. Songkok pun entah mana.

Itu gua pasang telinga sikit-sikit. Dengar pun nasib-nasib. Pasal gua pun ada agenda gua nak berbual dengan Jefri. Jefri ni dulu ada masuk kadet bomba. Sekarang dah boyot. Dulu, zaman kadet bomba badan sedap, kuat gaduh. Kalau gaduh takda yang tak menang. Tapi sekarang dah cuci tangan. Banyak juga gua nak bual dengan Jefri malam ni, lama juga tak jumpa. Dekat tujuh tahun. Jefri kerja apa pun gua tak tahu.

"Oi, bodoh!!" "oi! babi!!", Azrai menjerit lagi dekat kawan-kawan dia. Entah apa yang dimaki gua tak ambil pusing. Gua senyum geleng kepala. Bangkali ada selisih faham pasal nak ke surau atau apa benda hal-hal guli atau bola sepak.

"Budak-budak sekarang, handal betul", hati gua terdetik macam tu. Kalau gua dulu ada bertengkar terus gua terkam, tak main perang lidah. Mana power lawan suara. Bagi penumbuk dua tiga butir, lepas tu terus tak kawan sehari. Besok kawan balik.

Gua terus masuk kereta Jefri, katanya nak ke kedai kawan lama juga, Yunus.

Kami terus meninggalkan rumah dan juga Azrai serta kawan-kawannya yang siap berbaju melayu entah nak ke mana.

Biasa memang kami ke kedai Yunus untuk minum dan bual-bual. Yunus memang senang runding orangnya. Ada kala melepak dekat kedainya sampai lampu dah tutup. Ilmunya tak kurang handal juga. Jika berdebat dengan orang yang 'membaca' pun boleh Yunus handle. Apatah lagi gua yang tak banyak 'baca' ni. Tapi Yunus bukan suka menunjuk-nunjuk.

Waktu perjalanan ke kedai Yunus, Jefri buka cerita. Hal perempuan. Mary. 

"Semalam gua jumpa Mary, dah kurus la dia sekarang.", cerita Jefri. Gua angkat kening. 

Mary ni comel orangnya. Dulu waktu kami masih muda dan berkelana, Mary ini ada antara klik kami. Tambah ada Steven dengan Tanya. Kalau suruh pilih Mary dengan Tanya, gua pilih Mary. Tapi orang lain kata tak lawa. Ramai kata Tanya lagi cun. Entah biji mata gua macam mana entah. Barangkali sebab Tanya lebih seksi dan trendy.

Dan Jefri pula cerita Mary dah kurus. Gua cuba bayangkan.

Gua pandang Jefri, gua cebik mulut tanda tak seronok. Tanda tak seronok membayang keadaan Mary yang kurus. Mary lebih sesuai macam dulu. Tembam tapi tak gemuk. Yummy. kah kah kah.

Kereta terus menepuh jalan raya malam. Menuju ke kedai Yunus.

p/s: cerita mende tah ni. Jenis nak tulis jugek.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 24, 2012

Anti-israel

Aku anti 'anti-israel'.


Jeling apa?!

Nak kene penampor?

p/s: tahun ni gua nak kumpul duit. Tahun depan nak beli kelab bola Liverpool.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 22, 2012

Patriotisme

Seorang patriot adalah manusia tidak power mana.



Yang power adalah kapitalis.

Gua akan beri penghormatan pada seorang budak yang impiannya mahu jadi kapitalis. Salute

Kapitalism lebih power dari patriotism.

kah kah kah

p/s: ni la kesan akibat menengok bola Malaysia. kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 21, 2012

Sayang

"Adakah bila kita sayang seseorang, kita tak dapat bayangkan rupa mereka secara komplit?", tanya seorang kelana.

"Apa maksudmu wahai orang muda?", gua bertanya semula.

"Emmm, macam saya sayang pada ibu saya. Sebenar-benar sayang. Tapi saya tidak dapat gambarkan rupa, wajah, fizikal ibu saya dalam imaginasi ketika mendoakannya. Tetapi saya tahu saya sedang bernostalgia bersama ibu saya dalam doa itu", si kelana itu menerangkan panjang lebar. Sepanjang riwayat gua, tidak pernah gua berjumpa orang sebegini. Ideologinya seakan-akan bukan hasil pemikiran dirinya sendiri. Ini barangkali cuma penyerupaan malaikat pada fikiran gua. Atau tidak lain hanya budak nakal yang kuat berimaginasi.

"Sebenarnya saya tidak berapa arif tentang sayang. tetapi boleh jadi juga proses sayang yang total ianya menjadi demikian. Jadi mengapa tiba-tiba anak ini bertanya sedemikian rupa punya soalan?", gua bertanya di penghujung jawapan yang gua sendiri tidak kira sebagai jawapan.

"Saya bukan apa, saya cuma ragu-ragu.", si kelana bersuara menjawab persoalan gua. Sambil menyisir rambutnya yang agak panjang bagi seorang lelaki menggunakan sepasang tangannya.

"Macam ini lah anak muda, kamu ada kemana-mana tidak lepas ni?", gua bertanya demikian atas sebab melihatkan waktu sekarang sudah dekat ke maghrib.

"Sekejap lagi saya nak ke Afrika", jawab pemuda kelana itu dengan tenang.

"Kalau macam itu, baiklah", gua pun terikut-ikut jadi tenang.

Selesai gua berkata-kata, pemuda kelana itu ghaib serta merta.

"'Orang alim' ni", getus gua.

Pada waktu sekarang, kalendar masihi tahun 15879, 'orang alim' ni ada merata-rata. Tidak kira tempat. Kadang-kadang boleh berjumpa 'orang-orang alim' ini di pejabat pos, di kelab memancing, di gelanggang sepak takraw, di pos kawalan, di rumah urut, di Las Vegas, di mana-mana lah yang tiba-tiba dia nak muncul. Yang penting modus operandinya sama. Mereka akan berbual dengan seorang orang awam yang tidak dikenali kemudian ghaib.

Hal tentang ghaib pada zaman itu tidak menjadi mustahil, kerana terlalu ramai 'orang alim' yang doa-doa mereka jenis termakbul tanpa menunggu ketika. Ibaratnya apa yang terlintas di kepala mereka terus termakbul. Jadi jika mereka mahu ke matahari sekalipun, Tuhan benarkan.

Mesti ada yang terfikir, kalaukah 'orang alim' ini mengintai aku mandi. Kan doa mereka dimakbulkan? Mereka, 'orang alim' ini tidak akan melakukan demikian. Sebab itulah mereka 'orang alim'.

Eh pergi mampuslah, ini cerita aku. Suka hati aku la.

Dan gua, gua bukan 'orang alim'.

FIN



p/s: sebenanrnya ada sambungan. tapi nantilah. Cerita dekat Afrika tu nanti lah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 19, 2012

Correctamundo

Kalau gua jadi tenaga pengajar atau apa-apa berkaitan jenis mengajar la. Tak kira mengajar hal-hal buku teks, atau mengajar membancuh air, atau mengajar ilmu magis, atau mengajar hal bertinju. Gua akan guna frasa di bawah ni secara tiba-tiba ketika mengajar. Gua akan guna dalam keadaan bertempik yang sangat kuat. Hal kenapa jangan cuba tanya. 

Correctamundo!!


contoh macam ni.

Pelajar: cikgu, benda ni macam mana nak bikin ni?
Gua: Correctamundo!!!

Peh. power betul.


p/s: woi tayo pancit woi!!

Correctamundo!!!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tabligh Pakistan

Tabligh-tabligh itu pun beredar.

Panjang juga ceritanya tadi.

Lelaki yang pertama yang beri talk, dia bagi dalam bahasa pakistan. Gua tak paham bende.

Kemudian seorang sahabatnya menjadi jurualih bahasa.

Kuote yang paling gua ingat, "Ada orang yang kerja besi, menjadikan besi itu kepada kereta dan sebagainya".

Kemudian mereka sempat mengajak ke surau maghrib nanti. Ada talk-talk sampai ke Isyak katanya.

Yang lain-lain gua tak ingat.

Gua masuk ke rumah.

"HA!! Yang tadi paling kuat 'goreng' tadi mana?!!", gua jerit.

Kudut awal-awal dah pura-pura tidur.

Pot yang ada sebelahnya juga buat-buat baru bangun tidur.

Yang paling steady, Zabidi. Main game dekat laptop.

Mat yang paling kuat 'goreng' gitar tadi dah lesap masuk bilik air. Mandi barangkali.

Gua cari kerusi. Duduk.

*      *      *


Pukul 8.00 malam.

"Bagi air milo dengan nasi goreng cendawan", gua cakap dekat brader yang ambil order.

Kemudian, gua sambung berbual sama Zabidi.


p/s: gua bukan tak nak pergi. Lagipun gua takde cakap InsyaAllah pun tadi waktu dia mengajak ke surau. Gua senyum je.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 17, 2012

Isak Rizkov

Baru sekejap tadi gua pergi makan. Dekat Dangdut. Pergi la mampus nak kata gua apa pergi Dangdut pagi-pagi. Dah memang orang tahu kedai tu nama Dangdut. Kedai makan sarapan.

Gau bersarapan nasi goreng.

Sebelah meja gua ada sekumpulan orang. Dua lelaki dan dua perempuan. Mereka sudah habis makan berbual-bual. Tapi itu tak menarik perhatian gua.

Dekat meja hujung berdepan dengan meja gua, ada sekumpulan pengawal keselamatan yang seragamnya seakan-akan Polis Diraja Malaysia. Juga berempat. Semua lelaki. Salah satu dari mereka namanya Azlan. Dan itu juga tak menarik perhatian gua.

Dekat meja hujung juga ke arah barat laut dari gua, ada sekumpulan lelaki pertengahan umur. Tiada dam aji ataupun terup atas meja. Yang ada cuma sarapan masing-masing. Namun mereka kelihatan mesra bersama. Tapi itu tak menarik perhatian gua lagi.

Gua pun habis makan.

Jadi gua sudahkan dengan ritual yang biasa gua buat. Gua ambil rokok. Gua nyalakan. Yang gua kata ritual itu bukanlah fasal menyalakan rokok, tapi berfikir. Berfikir. Bila otak bergerak laju lebih dari kehendak badan, membuatkan hampir kesemua pergerakan badan terhenti. Tidaklah terhenti secara mengejut. Tapi hanya sebahagian refleks akan berfungsi normal. Yang lain hanya membatu.

Pergerakan sekelilng normal. Cuma yang paling aneh, bila keadaan berfikir macam tu. Suasana yang ribut tiba-tiba boleh jadi sunyi. Telinga gua cuma dapat tangkap satu bunyi. Itu pun tidak pasti bunyi apa. Manusia di sekeliling gua bergerak ikut aturan yang biasa. Mereka makan. Order makanan. Mebar roti. Buat air. Tapi macam tiada bunyi yang khas untuk semua perkara-perkara itu.

"Vespa..", tiba-tiba gua dengar suara perempuan. Halus. Lembut suara.

Mata gua terkelip sekali. Semua jadi normal semula.

Gua pandang kanan. Punca suara tadi. Gua tengok Kak Ain. Orangnya montel. Dia pergi mengutip pinggan di meja sebelah gua.

"Vespa menung apa tu?", Kak Ain tanya sambil tersenyum sambil mengutip pinggan. Dekat kedai ni memang orang panggil gua 'Vespa'. Walaupun gua dah tak bawa 'Vespa' hampir setahun.

Gua sengih. Gua dengan Kak Ain memang tak rapat. Kalau dengan Kak Yop, dengan Kak Ani gua ok. Boleh bual. Tapi dengan Kak Ain gua tak berapa. Jadi sengih gua tu cukup memberi jawapan untuk Kak Ain. Sama ada nak paham macam mana.

"Dengar lagu cina sampai termenung jauh ek?", sambung Kak Ain lagi sambil senyumnya tak pernah lekang dari wajahnya.

Lepas Kak Ain cakap macam itu, baru gua sedar bunyi yang keluar dari corong radio. Lagu cina. Dan bunyi ini rupanya tadi yang sayup-sayup dalam suasana magis sebentar tadi.

Gua sengih lagi.

Kak Ain terus sambung kutip pinggan dan bawa ke dapur.

Cepat-cepat gua habiskan rokok. Terus bayar.


p/s: setan ini semua sebab Isak Rizkov. Babi Isak. Pasal lu la gua jadi mengelamun. Setan. Setan. Setan.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Cerita Cinta Gua

Ini cerita gua. Nak bantah ke hapa nanti lepas gua habis cerita.

Dulu, waktu gua umur 7 tahun. Gua boleh dikira 'a person who is sexually aroused or arousing'. Ini hanya kerana gua mempunya raut wajah campuran Belanda. Jadi ramai lah yang hendak berkawan dan ber'kirim-salam' dekat gua. Baik lelaki mahupun perempuan.

Dan pada umur 9 tahun pun gua masih 'a person who is sexually aroused or arousing'.

Suatu hari gua nak balik sekolah (waktu itu gua jalan sama kawan-kawan lelaki, gua tak ingat nama-nama yang terlibat), ada seorang budak perempuan; gua kira itu cuma adalah messenger kepada tuan empunya diri. Budak perempuan itu menyampaikan satu lipatan kertas. Tertulis atasnya, 'TO: MR. PERT 'nice-softspoken-lovely-godblessyou-youaremyhero-etc.' DOHERTY' diikuti tanda berbentuk hati sebanyak dua atau tiga kali. Dari situ gua tahu yang ini bukan kertas lipatan biasa. Ini adalah surat cinta. Dan ini adalah surat cinta pertama dalam hidup gua.

Gua buka.

Dan baca awal-awal surat sahaja. Seingat gua ada bedak. Dan gua buang.

Gua tak rasa bercinta penting pada waktu itu. Waktu itu gua cuma bercinta dengan basikal dan juga kereta dash. Dan juga bercinta untuk pergi ke rumah kawan gua main game 'FIFA 99'. Gua pun tak paham kenapa ada juga perempuan nak cuba-cuba bercinta pada umur demikian.

Dan cerita cinta gua tamat dekat situ.

Yang selebihnya gua cuma kenal perempuan dalam masa 24 jam. Dan besoknya terus perempuan-perempuan yang gua kenal terus tak kontek gua lagi. Gua pun tak pasti. Kebanyakan salah mereka sendiri tak minta nombol talifon.

p/s: ini cerita bohong.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 16, 2012

Kompleks

Manusia sangat kompleks. Sampai sekarang aku pun tak tahu kehendak utama diri aku. Sama ada kehendak atau keperluan atau kemahuan atau ke-apa-benda-entah-an.

"Jangan meniru", biasa kita dengar. Dari mulut cikgu, pengajar, pensyarah, pemberi ilmu dan juga ibu bapa. Ini hal mengenai menjawab soalan. Orang majoriti akan tidak suka pada orang meniru. Sampai satu tahap dikecam. Ini semua disebabkan adanya peperiksaan. Semua orang tahu peperiksaan apa. Medium pengukuran kebolehan orak menghafal. Ada yang mengatakan peperiksaan/pengujian ini adalah prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan dan tingkah laku subjek. Dan sekarang subjek adalah manusia. Lebih tepat otak manusia.

Betul bila dicakap kepada kita "jangan meniru", supaya tiada dua idea yang sama dipertontonkan kepada khalayak. Satu akan dianggap original, dan satu lagi adalah bogus. Ini kerana penilaian orang ramai memang macam itu. Aku juga macam itu. Kalau ada lagu baru muncul, dan lagu itu mirip dengan satu lagu lagi yang lebih awal dicipta, aku akan kata "Yang lebih awal dicipta itu original". Walaupun pencipta kedua tiada niat meniru.

Tapi ada kala perlu "Pergilah Meniru". Kerana ada juga sesuatu yang ada di dunia ini pergerakannya malar. Jadi tiada masalah untuk ditiru. Contohnya belajar mengenai angka dan huruf. Permulaan pembelajaran adalah dengan sistem 'peniruan'. Manusia akan mengikut apa yang ditunjukkan tanpa banyak soal. Contoh klise, satu tambah satu sama dengan dua. Disebabkan pertama kali kita diajarkan oleh orang lain tanpa mengkaji sendiri mebuahkan jawapan satu tambah satu sama dengan dua. Tapi jika kita pergi mencari sendiri ilmu tambah itu, barangkali satu tambah satu memberi jawapan lain. Boleh jadi satu juga atau lima atau kosong. Dalam kes-kes sebegini peniruan perlu untuk mengelakkan terjadinya pergeseran pendapat atas perkara-perkara yang kekal sebegitu sejak dari awal lagi. Tapi bagaimanapun pembelajaran menggunakan teknik peniruan ini hanya melibatkan kepercayaan. Contoh lain seperti ilmu sains lain, mengenai atom atau zarah-zarah yang lebih halus, kita cuma memercayai tanpa perlu buat kajian semula, kerana orang yang pertama mengkaji benda-benda ini sudah ditabal rakyat bumi sebagai ahli dalam bidang itu. Hal ini lebih kurang juga dengan cara kita mempercayai kewujudan pahala dan dosa. Kedua-dua perkara itu ghaib. Tapi kita tahu ada.

Berbalik kepada peperiksaan tadi. Dalam peperiksaan manusia dilarang meniru, hanya atas sebab mahu menilai tahap otak. Jadi siapa yang tahap otaknya tidak baik biarpun dia sudah membaca tentang hal yang mahu diperiksa itu berulang kali. Dia tidak mungkin paham. Ini berlaku disebakan bermacam-macam hal. Dari segi logik, anggap manusia ini seperti komputer yang boleh menyimpan data yang sangat banyak. Tapi yang menghadkan kelajuan komputer itu memproses adalah prosessor. Dan prosessor itu yang beri kelebihan pada komputer yang prosessornya lebih power. Jadi tak semua manusia prosessornya power.

Ada yang mengatakan tiada genius dalam dunia, kerana manusia ini sama sahaja. Pada pendapat aku, ada. Genius itu ada. Tapi nilai genius itu adalah subjektif. Yang menyamakan nilai manusia itu adalah ruh (ini pada pendapat aku, tiada kuote dari mana-mana). Yang membezakan manusia itu adalah bekas tempat mengisi ruh itu. Jasad. Jadi jika ruh itu terletak pada jasad yang bersesuaian (di sini aku tidak nyatakan mengenai jasad yang perfect atau macam mana), maka muncullah manusia genius. Berbeza dengan genius yang dicipta, mereka akan berusaha untuk mencapai tahap genius yang sering diperkatakan orang.

Dan sekarang gua buat apa benda ni?

Karangan pukimak apa.

Dah berambus! berambus!

p/s: ini tindakan luar kawal. maaf. Manusia memang kompleks. Gua nak tulis benda apa tah tadi, membawak ke cerita yang tak berguna macam ni. maaf lagi.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 13, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 10)

Johnny berkayuh. Dah nak sampai depan BP Mall. Tak pasal-pasal Johnny rasa sebak.

Tapi Johnny ada misi. Johnny mesti pergi bandar.

Dia hendak berjumpa dengan Gary. Gary bukan punk. Gary cuma seorang paderi. Dan niat Johnny berjumpa Gary buka fasal hendak belajar ibrani, atau menelaah bible, atau hendak pembaptisan. Johnny cuma perlukan Gary. Saat-saat macam ini Gary sahajalah yang boleh diharap. Macam suatu ketika waktu habis tingkatan enam. Johnny ada masalah dengan Pak Endut Mat Lazim. Fasal duit. Fasal duit untuk beli basikal. Johnny pergi berjumpa Gary. Waktu itu riwayat Gary baru 35. Baru masuk join paderi. Tapi Gary tiada terlintas mahu mengkristiankan Johnny. Cuma Gary berfikir atas dasar manusia sama manusia. Gary mahu tolong Johnny. Penyudahnya, Gary guna duit gereja tolong belikan basikal Johnny.

Tapi hari ini lain. Kalau Gary beri semua duit gereja pada Johnny, belum tentu masalah ini selesai.

Dalam perjalanan nak ke gereja dekat-dekat Taman Soga, Johnny berhenti sekejap. Dekat hospital lama.

*      *      *

Aneh.

"Tadi siang lagi", getus Effendi Mahmud sambil menggaru-garu punggung dengan memasukkan tangan di dalam seluar. Gatal agaknya. Agas-agas hutan barangkali sudah masuk jauh ke dalam seluar.

Effendi terus menyusur jejak gajah.

Tapi hal tentang tiba-tiba kawasan hutan itu menjadi malam, memang tak dapat dirungkai. Effendi sendiri yang belum sempat tertidur sejak lari dari rumah Limah pun tak dapat mengagak. Sedang baru selang berapa puluh minit. Mana sampai sejam dia terjerumus masuk ke belantara.

Dalam seronok menyusur jejak gajah, tiba-tiba tangannya disentap kuat. Terus Effendi terduduk masuk ke dalam perut pokok yang sudah tumbang. 

Seorang pakcik. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus.

Effendi hendak membuka mulut untuk menjerit. Namun terus ditekup mulutnya oleh pakcik yang entah dari mana entah.

Tak sempat lama berlindung dalam kulit pokok lama, kedengaran bunyi kuda. Dari bunyi macam itu gayanya, ada lebih kurang 3 ekor kuda.

Tangan besar pakcik itu masih menekup mulut Effendi Mahmud. Padahal Effendi dah malas hendak menjerit. Maka Effendi mengeluarkan lidah menjilat-jilat telapak tangan pakcik itu. Dibiarkan sahaja.

Tiba-tiba seekor kuda siap dengan penunggang yang berpakaian besi warna hitam melintasi atas mereka.

Diikuti lagi seekor.

dan lagi seekor.

dan lagi seekor.

dan seekor beruang.

Mereka semua pantas meninggalkan tempat Effendi berlindung.

"Askar Sauron", tiba-tiba pakcik yang dari tadi senyap bersuara. Tangan masih menekup mulut Effendi.

bersambung

p/s: apa ni sial cerita kau.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 12, 2012

Duit tepi



Sebenarnya ini bukan target utama gua tulis blog. Tapi benda dah dapat. Makan tahun jugek la nak dapat ni.

Terima kasih kepada kawan-kawan (rapat dan tak rapat). Gua tak boleh nak tulis semua. Sebab kang nanti ada yang jeles. Keh keh keh.

Terima kasih kepada semua pembaca, penyinggah, penyuka, pengikut.



p/s: Ucapan lu macam dapat duit lima belas juta.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Beautiful Noise

Kah kah kah.

kah kah kah.

kah kah kah.

kih kih kih.

hik hik hik.

(air mata mengalir)



p/s: kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 9, 2012

Wonder Wonder Wonder!!

"Woi Pert. kau tahu tak mende ni salah?", bising betul si celaka ni. "Tak boleh buat macam ni doh", sambungnya lagi.

"Diam ah kau.", aku sound.

"tak boleh doh", dia masih huru..

Aku berhenti kejap. Aku pandang muka dia. Dia angkat kening.

Aku terus cekik, genggam dekat pipi. Mulut dia jadi ternganga.

Menggelepar jugak dia. Kaki dah mula menendang-nendang. Mujur tangan dia berikat. Tangan kanan aku makin tinggi angkat dia ke atas.

Tangan kiri aku capai grenade. Aku tumbuk muka dia sekali guna tangan yang pegang grenade. Gigi dia semua berterabur. Aku jadi musykil. Kuat betul tangan aku kali ini.

Kringg!!

Tiba-tiba telefon berdering. Entah dari mana datang telefon waktu-waktu begini. Sudahlah gudang ini sunyi. Bunyi dering macam ini menimbulkan rasa syak yang bukan-bukan.

Aku lepaskan kejap dia. Tangan kiri aku masih menggenggam grenade.

Kringg!!

Telefon masih berdering. Aku toleh kiri. Ada timbunan tilam. Bunyi deringan datang dari situ.

Aku punggah tilam-tilam tu semua.

Aku angkat telefon. Telefon tin.

Dari lubang telefon itu aku boleh tengok satu siaran. Macam televisyen kecil pun ada. Aku perhati gambar dalam siaran itu.

"Ah.. anak dolfin tersekat pada jaring nelayan", aku bertempik.

"Jangan risau anak dolfin, saya akan datang selamatkan awak."

"Ke bot terbang!!"

p/s: aku semenjak dua menjak ni macam ada power superhero.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 7, 2012

OK kan

Bangun pagi mata memang kelat. Pulak tadi lepas subuh gua baru dapat tidur itu pun selepas tonton orang main bola ke hapa benda entah diorang main. Baru tidur dalam 2 jam dah kena kejut dek Zabidi pasal Mak Mah datang menanya pasal tangki rumah bocor. Gua sedar kejap terus pass tugas dekat Ijat. Gua sambung tidur. Ni baru bangun balik pun pasal rasa tak sedap hati.

Gua capai henfon nak tengok jam.

Ada meset la pulak.

"Camne nak kol plus?", dalam meset tu.

Gua balas, "Xphm, Lbuh raya?".

Gua tengok jam. Pukul 10.15. Tapi jam gua awal 30 minit. Jadi gua cuba sambung tidur dengan selubung pakai toto.

Tango down! Tango down!

"Meset masuk ni", kata gua dalam hati.

Gua capai lagi sekali henfon.

"Takpe2", dia balas.

*      *      *

Pukul 11 lebih.

"Main Battlefield ni pun bagus ni", tiba-tiba gua terluah cakap macam gitu dekat diri gua.

Last-last gua main FIFA.

Habis dua tiga frame, gua macam rasa nak tengok jam.

Gua cari-cari henfon.

Rupanya ada orang tengah call. Henfon gua ni hari apahal tah silent.

Gua angkat.

"Kau free tak? ke ada kerja?", dia cakap.

"aa?? gua free", gua jawab.

"Woi, amik gua dekat simpang renggam", dia cakap.

"Apahal woi?", gua balas. memang kalau gua bual adat gua letak tepi.

"Kereta gua sangkut dekat bengkel sampai ke megrib", dia cakap.

"Nak aku datang pukul berapa?", gua tanya.

"Ikut kau la pukul berapa yang kau boleh", dia jelaskan.

"Ok.. Ok..", gua 'ok' kan aja.

TUTT! henfon letak.

Gua letak henfon dalam loker.

Gua sambung main game kejap.

*      *      *

Gua gosok gigi.

Nak siap-siap pergi Simpang Renggam.

Siap je gua gosok gigi gua cari seluar.

"Henfon, rokok, beg duit", memang amalan gua kalau nak keluar rumah gua sebut bende tiga ni. Kalau tak sebut tak sah. Memang boleh jadi ada yang tinggal.

Gua cari henfon dalam loker. 4 miskol, 4 meset.

"Babi menatang ni tak menyabor betul nak suruh gua amik.", kata gua sendirian sambil tangan terus dail nombor talifon dia.

Dia angkat, pastu cakap mende apa tah. Gua tak dapat tangkap butir bual dia. Gua 'ok'kan je.

Gua capai dua biji helmet. Terus setat moto.

*       *      *

Sampai 7-Eleven dekat Simpang Renggam.

Gua talifon dia. "Woi mana?".

"Gua dekat Air Hitam", dia cakap.

"Babi, gua dah sampai Simpang Renggam.", gua balas.

"La, kan tadi aku dah cakap aku pinjam kereta bengkel kejap balik Parit Raja.", dia cakap.

"Ok, ok", gua 'ok' kan je lagi.

Celake. Membazir waktu tidur gua.


p/s: okbai
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 6, 2012

Hadas

Tengah duduk minum dekat Warun Bilal, gua sama Jalal sama Udin.

Gembira betul. Tadi baru balik main pakau. Menang pulak tu.

"Keh keh kacis je rupanya Hatchet Harry tadi, gebang kuat je", gua berbual.

"Btol. btol btol", Udin buat gaya macam Upin. Muka macam sial la tapi.

Kah kah kah!! Berderai ketawa kami bila mengenang betapa malunya Harry tadi.

Tengah gelak bukan main tiba-tiba segerombolan lelaki keluar dari celah-celah bangunan sekeliling kedai minum itu. Semuanya lengkap bersenjata senapang. Senapang jenis automatik. Jenis yang militan selalu pakai la. Ni kumpulan apa benda entah melulu je kepung seluruh kedai minum tu. Lelaki-lelaki itu semua berpakaian ala rambo. Nampak macam gua sekarang dalam filem hollywood.

"Semua tiarap!! kalau nak hidup!!", seorang dari pasukan militan itu menjerit. Bergaya betul. Kepala siap ikat bandana. Jambang penuh macam Chuck Norris. Handal.

Gua jadi terpegun tengok lelaki yang menjerit tadi. Gua terus cas, ni mesti ketua militan ni takpun orang-orang Harry.

"Woi! tiarap!!", jerit lagi seorang ahli militan ke arah Kumar.

Kumar meniarap. Tapi tak lama. Gua nampak Kumar mengesot ke arah pintu belakang warung. Ahli militan mungkin tak perasan Kumar dah makin dekat ke arah pintu belakang. Kumar pun gua rasa dia yakin betul ahli militan semua tak perasan dia dah dekat dengan pintu.

Kumar bangun nak lari.

TRETTT!!! TRETTT!!

Kumar dah kena.

Berhamburan darah dekat jalan ke pintu belakang warung.

Menjerit-jeritlah semua yang ada di warung.

Gua tengok orang dekat kedai kebanyakan terus meniarap. Termasuklah imam. Budak-budak motor dekat meja selang tiga meja dari gua dah meniarap awal. Si Bilal apatah lagi dah menyorok awal dekat bawah kaunter. Lu orang fikir warung bilal ni kolot ke takda kaunter?

Lan tayar sotong yang tadi dalam sibuk-sibuk nak meniarap boleh pulak tertumpah teh panas dekat dada. Menggelupur jugak la gua tengok dia.

Yang gua steady terus duduk hirup kopi. Nyaris gua nyala rokok.

Yang tadi pertama melaung tu terus menuju ke gua.

"Tiarap!!!", gertak lelaki bandana yang macam Chuck Norris.

Gua terus duduk.

Tapi seluar gua rasa basah.

Basahnya membawa-bawa sampai bertakung dalam kasut.

Gua dah makin tak keruan. Memang gua ada niat nak tiarap tadi mula-mula. Tapi dia datang gertak sekali dengan acu senapang dekat bahu. Gua jadi lain macam.

Boleh jadi pecah bahu gua kalau melawan.

Air yang tadi bertakung dalam kasut dah mula melimpah. Laju.

Makin lama air makin penuh keliling warung. Yang tadi meniarap dah mula terminum-minum air yang datang entah dari mana entah. Gua tengok kiri kanan. Jalal sama Udin dah mula menggelepar terkena air yang tiba-tiba penuh.

Gua tengok kasut but militan-militan tadi dah mengelupas. Walhal but buatan Dr. Martens ni tapak dia tahan.

Yang macam Chuck Norris tadi dah mula melutut depan meja tempat gua duduk. Sama juga yang menembak Kumar tadi. Yang lain-lain juga.

Air makin naik. Sekarang dah parat dada gua. Sempat gua capai cawan. Bagi tak kena air yang tadi tiba-tiba memenuhi warung.

Imam entah kemana. Lemas rasanya.

Gua pun jadi tak tentu arah.

Kulit militan-militan tadi semua melepuh.

Tak terkecuali Jalal sama Udin.

Budak motor pun sama.

Lama-lama daging mereka semua hancur akibat terkena air yang sungguh hikmat itu.

Gua masih steady dekat kerusi. Yang aneh, badan gua sikit pun tidak terkesan dari air itu. Barangkali sebab air itu datang dari badan gua.

Gua perhati semua dah jadi tenang semula. Gua hirup kopi perlahan-perlahan.


....


"Tapi itu semua dulu", gua berseloroh. Sambil mata gua tak lekang menengok satu persatu mata yang ada depan gua. Masing-masing terlopong dengar cerita gua.

Dari mata mereka, gua boleh baca, "Handal jugek brader ni".

Gua senyum.

"Jadi kamu semua kalau boleh elakkan buang hadas kecil merata", gua cakap dalam satu nafas.

Terkebil-kebil mata masing-masing dengar syarahan gua.



-ok gua skip cerita.. gua nak pergi teman ijat makan.. setan ijat.. mengada nak berteman-teman.


p/s: kencing ni memang bahaya.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 5, 2012

Cita-cita

Hari ini Cikgu Fadzillah ajar bab cita-cita.

Semua bergilir bangun pergi beritahu cita-cita masing-masing.

Bermula dengan Tahir.

"Cita-cita saya ialah doktor", Tahir melaung. Gempita.

Cikgu Fadzillah senyum.

Seterusnya Stephanie.

"Saya nak jadi jurutera", kata Stephanie malu-malu.

Cikgu Fadzillah senyum lagi.

Sampai giliran Aiman.

"Ok Aiman, apa cita-cita kamu?", tanya Cikgu Fadzillah.

Aiman bangun.

"Saya nak jadi bos jcb", jawab Aiman serius.

Cikgu Fadzillah tarik muka. Dahi mula berkerut.

"Bos jcb?", Cigu Fadzillah mula nak argue.


*       *       *


Ada satu jentolak masuk kampung, nak gali parit. Nak besarkan parit. Projek kerajaan katanya. Nak majukan kampung dengar-dengar. Lepas ni boleh la agaknya budak-budak bermain rakit.

Jentolak terus berkerja ikut pengemudi. Gali parit lagi dalam, lagi luas.

Aiman berdiri dekat tepi parit memerhati sambil menyilang tangan pada dada. Memerhati dengan tekun. Biarlah panas macam mana pun. Budak-budak lain dah melepak bawah pokok.

Aiman terus tekun.

p/s: Ini cerita betul budak kampung gua. Orang-orang tua perut besar jangan memperkecilkan cita-cita kanak-kanak. Jangan biar imaginasi generasi akan datang terbantut gara-gara nak membesarkan perut lu orang. Ada banyak lagi cita-cita yang wujud di muka bumi.


Dulu kalau cikgu tanya besok besar nak jadi apa.

Gua jawab, "Nak jadi phoenix"
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Feb 4, 2012

Pergi mana?

"Kau lama takda pergi mana?", satu kawan tanya gua.

Gua tenung muka kawan gua.

"Gua pergi Afrika", ringkas.

p/s: tunggu la besok gua updet banyak2!!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...