Jun 30, 2011

Nombor

Isnin gua sms kawan.

Dia balas sms, "sPe ni?"

Gua pun bagitahu la gua siapa.


*     *     *

Rabu gua sms kawan sama.

Dia balas sms, "sPe ni?"

Gua dah syak yang dia pakai auto respond pada talifon bimbit.

Gua balas, "ni gua la, gua, Pert!, malas betol lu nak save nombor!! Cilake"

p/s: esok ada larian satu malaysia, gua dengar cikgu tadi bula dengan Cik Husin.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 29, 2011

Sasterawan

Gua selak akhbar 'Pencetus Minda Rakyat'.

Ada berita pasal gelaran sasterawan A. Samad Said ditarik. Gua pun ragu-ragu.

Tapi A. Samad Said jawab senang je.



*      *      *

Yang gua tahu, benda ni berkaitan Bersih 2.0. Lu tak tahu Bersih 2.0? Ohhh.. lu orang Mexico. Maaf.


Ada kala gua bantah juga Bersih 2.0, ada kala gua sokong juga. Tengok mana yang boleh pakai la. Tapi gua tak sarankan siapa-siapa yang dah berbini, dah berlaki, dah beranak untuk pergi perhimpunan ini. Lu tahu tak sejarah zaman revolusi Tanah Melayu dulu. Akibat menentang British secara radikal, ramai yang dituduh sebagai komunis. Tidak kira melayu atau cina. Selagi nama mereka ada dalam saspek yang menentang British, semuanya ditangkap, dipenjara. British sebenarnya paling takut bila bijak pandai membuat persatuan, parti dan komplot menjatuhkan mereka. Kebanyakannya penentang yang dianggap radikal itu hanyalah golongan guru-guru, penulis-penulis dan graduan universiti; jenis orang-orang yang pandai baca, pandai menulis. 

British lagi gentar golongan demikian sebenarnya. Mereka lebih takut kuasa mental berbanding kuasa fizikal. Kuasa Mental tiada had, ianya akan terus wujud walaupun pemilik asalnya mati. Terus disalurkan pemikiran-pemikiran kepada anak-anak, pengikut-pengikut malah penjual putu bambu. Jadi untuk mengelakkan Melayu berkuasa secara mutlak, mereka menahan dan membuat perjanjian kepada Parti Haluan Kanan.

Berbalik kepada Bersih 2.0, walaupun agenda Bersih 2.0 ini bercampur aduk tapi perkara ini seakan-akan mengulangi sejarah. Bagaimana A. Samad Said mahu menjebakkan dirinya ke dalam Bersih 2.0 ini? Gua berfikir, dia cuma seorang yang dah hidup sejak dari Zaman British, Zaman Jepun, Zaman Komunis. Jadi dia tahu apa yang berlaku. Dan pada fikirannya Malaysia perlukan revolusi seperti ini. Tetapi Malaysia bukan negara bebas bersuara. Jadi, kemugkinan untuk Bersih 2.0 ni gagal adalah besar.

Pemegang takhta di Malaysia sanggup buat apa saja untuk kekalkan penguasaan dalam tempoh tertentu. Harap maaf kalau gua mereka-reka cerita. Tetapi hakikat naluri manusia memang demikian. Gua bercakap lebih kepada kehidupan manusia. Kalau lu jadi PM, lu still manusia kan? Jadi gua bercakap atas dasar manusia sama manusia. Dan gua dah melalut.

Babi.

Apa benda ni Bersih 2.0. Tapi gua ingat balik waktu Bersih yang 1st dulu, gua ada juga. Polis-polis semua bawa MP5, celaka betul masa gua lalu dekat Pasar Seni. Macam la orang yang ikut perhimpunan Bersih tu kuat-kuat semuanya, yang gua tengok, semua orang-orang tua. Pakcik-pakcik, makcik-makcik.. apa aja lah mereka boleh buat. Gua geleng kepala, hisap rokok seludup.

Gua tulis panjang-panjang pun tiada guna.

Bangsat.

"The revolution is not an apple that falls when it is ripe. You have to make it fall."
- Ada yang cakap ini ayat Che Guevara entah betul entah tidak


p/s: Gua tahu rakyat Malaysia ni punk-punk belaka.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 28, 2011

Ya Besok

Usah kelat ya sayang
Kan besok kita ke angkasa
Virus ini kita tanam dalam-dalam
biar terus cerna di neraka
pun tak mengapa
Cuma tinggalkan hati-hati bogel untuk besok

Gambar sebat dari Ldesign


Pert Doherty
Rumah Sepah
0800am
29 hari bulan Juni tahun 2011Masihi

p/s: asalnya gua nak tulis pasal Bersih 2.0. tapi gua ingat ini lagi sho..

Banyak sial job design gua minggu ni.. Syaiton
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 27, 2011

Ras

Masa tu baru darjah satu. Gua memang tak berapa campur sangat dengan budak satu batch. Apa barang. Kanak-kanak semuanya. Tak level dengan gua.

Jenis baru hari pertama, masing-masing riuh bercerita apa benda tah. Gua perhati je mereka sambil gua hirup kopi. Jenis gua lalu kantin tadi sempat capai secawan kopi baki minuman cikgu perempuan. Cun. Gua ambil bawa ke kelas. Tampak rare.

Jenis kalau ada yang dulu satu tadika memang mesra sehingga satu tahap tangan dalam seluar kawan. Gua pun musykil. Ada juga yang cuba rapatkan tangan ke peha gua. Gua tak tunggu lekas terus capai kepala dia hentak dekat bucu kerusi. Jenis kerusi dulu kerusi kayu. Pulak kalau dapat kerusi kayu yang dah sompek sedikit dekat bucu. Amboi. Kalau tak berdarah, selumbar dah masuk mata. Menggaru la kau sampai kiamat.

Ok, sekarang gua nak sambung bahagian serius.

Cikgu Zaiton masuk. Gua sebenarnya belum tahu pun nama cikgu ni Zaiton. Budak-budak yang main seluk seluar tadi terkocoh-kacah mengeluarkan tangan masing-masing. Sampaikan zip seluar pecah. Ada yang sibuk mengais tong sampah tadi menyamar jadi menggelupur. Yang lain-lain pantas capai sapu tangan berlakon lap tingkap. Manakala yang perempuan ada yang sanggup lap tingkap guna tudung dia. Gua terus hirup kopi.

"Assalamualaikum semua", Cikgu Zaiton tu beri salam. Budak-budak baru masuk sekolah mana ada reti nak 'Bagun Semua, Assalamualaikum Cikgu'. Tak tahu pun ada dan tata susila. Apa tah lagi rukun negara.

"Waalaikum salam", jawab seorang awek. Gua malas nak jawab. Cukup la ada yang wakilkan. Jenis gua tak terasa pun cikgu tu bagi salam kat gua.

"Ok, Murid-murid, Nama saya Cikgu Zaiton, guru kelas kamu untuk tahun ini", cikgu itu terus menyampaikan keterangan dirinya. Pada hemat gua untuk mempermudahkan murid-murid, tapi memandangkan murid-murid jenis 'celaka apa main lagi cikgu dah masuk la woi, pun masih main'.

*      *      *

Dah dekat sebulan gua duduk kelas yang macam tu. Gua pandang luar tingkap. Gua hirup perlahan kopi panas. Sampaikan cikgu perempuan yang cun itu dah oder dua cawan khas, satu untuk gua. Kah kah kah.

"Bangun semua!!!", seru Sharufadzli Zailan. Dia ibarat ketua darjah. Tapi setahu gua ketua darjah bukan dia. Kalau tak silap, Musa Majis ketua darjah sebenar. Tapi jenis Shahrufadzli kerap jerit 'Bangun semua' lagi awal, jadi semua sudah salah anggap. Gua tidak. Gua jenis amanah.

"Assalamualaikum Cekgu!!", tempik si Sharufadzli (lepas ni gua akan letak Sharul je, malas gua nulis nama celaka ni).

"Assalamualaikum Cekgu!!", diikuti oleh makmun-makmum yang ada dalam kelas. Termasuk gua. Gua jenis kalau beri salam memang gua follow.

"Waalaikum salam, baik duduk semua", Cikgu Zaiton menjawab salam dan diikuti senyuman. Kalau tak salah gua cikgu Zaiton ni laki dia pun Cikgu kat sekolah ini juga.

Murid-murid mula duduk. "Kreot!!, krreeet!!, kruuutt!!", ok itu tadi bunyi kerusi. Kerusi kayu.

"Hari ini cikgu nak ambil data pelajar tulis dalam buku rekod pelajar, jadi cikgu akan panggil satu-satu." kata Cikgu Zaiton berseloroh. Gua hirup kopi sambil pandang luar tingkap.

"Yang belum kena panggil boleh buat kerja masing-masing", Cikgu Zaiton menyambung lagi arahan.

"Cikgu, cikgu!!" tiba-tiba seorang murid perempuan berdiri. Ini gua ingat nama dia Farhana. Pasal dia jiran gua. Kah kah.

"Kalau bodoh tu kerja juga tak?", ujar Farhana. Tampak bijak soalan dia bagi kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun. 

Terkebil-kebil cikgu Zaiton gua nampak.

"Ah buat je la apa-apa", Cikgu Zaiton macam meresap.

*      *     *

"Rocky Bin Husaini!!", Cikgu Zaiton panggil gua, nyaris gua nyala rokok dalam kelas tadi. Lama betul la menunggu kalau nama mula huruf R ni.

Gua terus ke depan tapi jalan lambat-lambat. Sampai depan gua buat gaya peninju. Tak macam kena sorak pula. Satu kelas bangun tepuk tangan.

Ok tadi tu lebih-lebih gua tipu.

"Rocky bin Husaini" ujar Cikgu Zaiton lagi.

"Ye saya", gua jawab stail korporat.

"Ukur tinggi, cabut kasut awak", cikgu zaiton arahkan. Gua ikut je la pasal arahan tak sebodoh Cikgu Muammar.

Kemudian lepas ukur tinggi, timbang pula, tak lama apa benda tah lagi. Nyaris takde buat pemeriksaan kerandut. Seram juga gua.

"Ok, Rocky.. Awak ni bangsa apa sebenarnya?" tanya cikgu Zaiton. Nada macam biasa dia buat la. Tak lembut tak keras. Macam perempuan matang.

Gua angkat kening. Jenis gua blur pasal asik pandang Farhana. Jenis Farhana ni lawa juga. "Boleh bela ni.", kata hati gua.

"Awak bangsa apa sebenarnya? Saya tengok sepet awak bukan main, tapi warna kulit dah iras india", cikgu Zaiton tanya lagi.

"Jepun", pendek je gua jawab.

Cikgu Zaiton mengerut dahi. Macam kurang puas hati dengan jawapan gua.

"Apa cikgu ingat orang jepun takde itam?!", gua tengking. "Puih!!", sempat juga gua meludah. Tepat kena buku rekod si Shahrul. Kah kah kah.

Terus gua keluar kelas. pergi rehat. Tapi loceng belum bunyi. 

p/s: jangan kata gua tipu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 26, 2011

Kisah Sukan Gua

Dulu gua kecik-kecik tak berapa into sangat dengan sukan. Paling kuat pun gua pernah jadi sub team 'Darul Naim', posisi gua jadi center back. Itu pun dua kali gua rasa main. Jenis kuat takuk kaki orang, cikgu pun rasa gua ada dan tiada pun tak mengapa.

Itu cerita ketika gua darjah berapa entah.

Tapi yang paling gua ingat kisah sukan gua adalah pada darjah dua. Kali ni gua pasti. Bermula sebab apa lu tahu? Semua sebab pendidikan jasmani. Ini gua ingat kalau Kementerian tiada usul mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam jadual budak sekolah, tak mungkin wujud kisah gua ni.

*      *      *

Hari tu redup, jenis dah petang. Nak panas apa lagi. Tak salah gua hari Khamis. Jenis budak-budak kelas gua lepas kelas matematik menyeruntul pergi ke jamban. Salin baju pendidikan jasmani. Gua jenis malas. Gua pergi juga join. Tapi gua jenis dah pakai kat dalam, tinggal buka baju sekolah sama seluar sekolah. Tapi gua iri hati pada kawan-kawan gua yang pakai baju putih kolar bulat. Gua pakai baju rumah sukan 'Intan'. Celaka betul, rasa tak rare.

Pergi padang. Lepas tu kena berbaris dekat kon. Yang laki sebaris yang perempuan sebaris.

Cikgu Muammar select la laki berapa orang pergi main hoki, berapa orang main bola, berapa orang pergi main apa benda tah lagi. Perempuan juga macam tu, ada yang pergi main gelung rotan, bola baling, bola jaring, nasib tak baik kena lari seratus meter. Ini gua tak boleh bayang dia punya penat macam mana kalau dah nak cukupkan 30 minit waktu Pendidikan Jasmani, berapa kali nak seratus meter. Bangang.

Dah habis select. Gua tak dapat lagi permainan apa yang gua dapat main. Ada la lagi berapa kerat budak perempuan yang tak bawak baju senam kena buang ke tepi gak. Yang gua hairan, gua pakai baju senam lengkap dengan kasut Sparx dan gua berbaris awal. Tapi diketepikan. Barangkali gua diketepikan sebab gua pakai songkok. Tapi ada juga kawan gua dapat main hoki dia pakai songkok. Cikgu Muammar celaka.

Gua dah menyumpah-nyumpah dalam hati. Jenis budak kecil menyumpah apa la sangat. Paling kuat "bodoh".

"Rocky", tak masal cikgu panggil gua. Jangan tak percaya pula nama sebenar gua memang Rocky.

Gua pandang wajahnya. Dalam hati gua, "cikgu ni kuat isap rokok".

"Awak pergi main lari pusing kon", kata Cikgu Muammar. "dengan budak-budak perempuan tu", sambungnya lag sambil menuding jari ke arah budak perempuan yang awal-awal lagi dah di suruh ke sana. Macam ada konspirasi pula.

Gua macam memberontak juga. Itu la gua pernah cakap, jenis darah rebel gua kuat sejak lahir dah tunjuk belang. Tapi berontak gua tak ke mana sangat masa umur baru 8 tahun. Paling jahat hentak-hentak kaki kuat-kuat tapi masih jalan ke arah kawasan yang di arahkan. Tapi itu hari gua punya pailang lain macam, gua tempik kuat-kuat lepas tu gua menuju ke bangku tepi padang tu, gua duduk.

Cikgu Muammar macam terkulat-kulat. Jenis mata dia terkebil-kebil, mulut terbuka tutup, kepala terangguk-angguk. Dah macam apa benda tah.

Tak lama Cikgu Muammar pegi kat gua.

"Awak jerit apa tadi?", Cikgu Muammar macam gertak gua la gua ingat tapi jenis macam takut-takut. Gua pula steady punya pasal gua siap nyala rokok. Kawasan sekolah tak kawasan sekolah gua kata nak merokok gua merokok. Satu je tempat gua tak merokok, dalam kubur.

"Saya tak sangka awak macam ni, tengok pakai songkok ingat baik", Cikgu Muammar macam tak mahu berhenti bebel. Gua dah mula ketis-ketis atas kasut sukan dia. Tak reti-reti juga,

"Saya tengok..", Cikgu muammar nak sambung lagi. terus gua pergi kencing. Malas ah layan orang macam ni.

p/s: Nak percaya, percaya. Tak nak sudah tetek kau sebelah. Kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jenis 666 bangangs



jenis berbual haram jadah sampai macam bodoh..

jenis hape benda tah dibual.

jenis bangangs

p/s: gua ingat nak ubah sikap ni hari

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 23, 2011

Art

Budak-budak sekarang berlumba-lumba nak jadi 'art'. Dari semua segi. Gua perati lama juga. Pasal gua tart bukan 'art'. Kah kah kah.

Masing-masing mula berbondong-bondong ke bandar dengan gaya masing-masing yang 'art'. Masing-masing berteritip di kedai buku, mahu baca puisi bilangnya agar lebih 'art'. Masing-masing sibuk google sana-sini cari info pasal 'art' agar duduk di kedai kopi boleh berbincang mengenai 'art'.

Bila demikian, hilang nilai 'art' tu. Gua bandingkan antara 'art' ikhlas dan 'art' munafik. Ada lagi satu 'art' original. Ni gua cerita lambat sedikit.

'Art' ikhlas ni gua selidik memang ramai juga tapi lebih sedikit dari 'art' munafik. Kah kah kah.

Jenis orang 'art' ikhlas ni memang dasar kehidupan dia memang 'art'. Mencagkul dia 'art', ternak keli dia 'art', curi durian dia 'art', sampai satu tahap beli biskut timbang kilo tu pun dia 'art'. Orang macam ni dikategori macam wali 'art' la. 'Art' tu mengalir dalam darah dia. Boleh jadi pernafasan pun 'art'.

Pasal 'art' munafik ni, gua ingat dia ni jenis tiada pegangan. Lu tengok tak lama lepas tahun 2015, zaman orang start jahiliyah. Jenis telanjang merata-rata. Yang 'art' munafik ni mudah dipengaruhi. Sebab dirinya berlakon untuk jadi 'art'. Namun hatinya cuma menipu diri. Mungkin sekali imbas dia sangat 'art' dari fizikal. Tapi mentalnya.......

Ok gua melalut. Pergi mampus.

Tapi gua rasa kuman paling makhluk 'art' antara semua.

art = seni.

ok lu nak betah.. betah la lepas tu pergi makan najis. kah kah kah.


p/s: berbual macam pukimak. bodoh apa?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 21, 2011

Pensel lagi apadehal

Gua bukan reti sangat lukis pakai pensel.. Gua lebih gemar lukis kartun.. Mudah.. Macam ayam goreng.

Gua lukis superman.. kalau tak cantik lain kali gua pakai scanner..

siapa-siapa nak lukisan asal boleh. Bagi gua $420
p/s: macam mana sebenarnya cara melukis yang benar?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 20, 2011

Rokok

Salam sejahtera kepada hadirin.

Aku ingat kalau harga rokok murah gile babi, mesti kadar pengguna rokok akan berkurangan 90 peratus dari yang ada sekarang.

Benda ni logik. Bukan aku buat-buat cerita.

Cuba bayangkan kalau sekotak rokok Dunhill harga dia RM2 atau RM1.

Kau akan beli mungkin 10 kotak. atau 5 kotak sekali gus.

Tapi kadar penerimaan peparu kau cuma 20 batang mungkin untuk sehari. Jadi tak jadi masalah pun tentang kesihatan. Sebab kadarnya tetap seperti waktu harga mahal.

Kita ambil rokok ni contohnya macam nasi la. Kau beli beras banyak-banyak, bikin nasi. Tapi kau tak la sebodoh kurita nak pergi masak sekampit 10 kilogram tu sekaligus. Sebab perut lu tak boleh tampung 10 kilogram nasi.

Sama macam asap tu. Paru-paru kau ada limit untuk setiap hari. Logik tak? Logik tak?

Ok berkenaan dengan harga, apabila sesuatu barang tu murah sangat (nilai yang semakin hampir kepada sifar), dia akan dibuang-buang. Betul? Lama-lama tak hisap.

Lama-lama pengurangan 90 persen perokok yang ada sekarang itu menjadi kenyataan.

Tapi untuk tahun pertama rombakan mungkin ada sikit gile babi. Biasa la hantu-hantu rokok ni. Tahu je harga murah dia beli banyak. Tapi bukan boleh nak hisap banyak pun kecuali Qarin dia sama hisap. Atau pun isteri dia pun sama hisap.

Mana kala tahun kedua revolusi, perokok semakin bosan.

Cube lu perhati negara-negara pegedar dadah juga penanam dadah. Macam Peru, Mexico, dan Bolivia. Dadah tu kira legal di sana. Tapi takde pula sampai seluruh negara jadi penagih dadah. Betol? Sebab dia tak halang, bila tak halang manusia akan boleh rasional sendiri la mana bagus mana tak bagus. Memang naluri manusia nak yang bagus. Kalau dihalang makin la nak buat. Betul?

Tapi aku bukan la nak mengajak orang tanam popi ke hapa. Cuma perbandingan.

Sebelum menutup tirai, kita sudahi dengan bacaan Ummul Kitab dan Empat Kul.

-Karangan gua masa tingkatan 4


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Puisi: Murahan

'Puki' murahan,
Masih di situ ya?
Masih birah lagi ya?
Masih miang lagi ya?
Masih cari 'timun segar'?
Atau cari 'timun emas' yang sudah busuk?


Dasar murahan.
Puih!


Pert Doherty
POS KAWALAN SKKD
20/6/2011

p/s: puisi ke anjing laut ni?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 18, 2011

Pahala

"Kau tahu, Din? Kalau kita tarawikh bulan puasa tu ada ganjaran yang beza-beza tiap hari puasa tu.", ujar Daud. Rosdin yang sedang membaca akhbar 'Mingguan Bumi' menjeling sebentar ke arah Daud.

Rosdin tarik nafas panjang.

"Hmm..", Rosdin mengiyakan saja kata-kata Daud. Terus membaca.

"Contohnya malam pertama puasa tu, ganjarannya 'terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya'. Kau bayangkan macam jadi bayi semula. Tanpa ada apa dosa", Daud terus-menerus membentangkan isu tarawikh kepada Rosdin. Sedang Rosdin masih asyik dengan isu Dasar Ekonomi Baru dalam 'Mingguan Bumi' itu. Namun sesekali menjeling juga dengan ekor matanya.

"Yelah Daud", Rosdin masih mengiyakan namun matanya masih tertumpu pada kertas surat khabar. Baginya hal dalam surat khabar itu lagi penting dari mendengar omelan Daud. Daud kalau dilihat dari luarannya nampak warak. Senang cakap dia orang tabligh la. Petang nak ke senja tu mesti dia dah keluar rumah. Pergi dari satu rumah ke rumah lain, mengajak ke surau. 

"Lagi satu Din, macam malam ke dua puluh sembilan pulak, 'Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji seribu kali yang diterima Allah'. Wah, handal!!", Daud makin menjadi-jadi membuka kisah ganjaran tarawikh itu. Macam terkena dadah. Jadi khayal keseronokan. Rosdin geleng kepala. Rosdin meletakkan akhbar di atas meja rotan sambil membetulkan tempat duduknya yang dah melorot sejak dari awal pembacaannya tadi.

Tak semena-mena Rosdin bingkas kiam. Membetulkan kain pelikatnya yang dah terlondeh ke bawah pusat kemudian terus melulu ke arah Daud. Tanpa ada soal apa-apa terus menendang bibir Daud. Terlontar Daud ke dinding. Tak puas dengan itu, Rosdin terus menghentak kedua-dua belah siku Daud mengguna lampu pam yang dari tadi ada di atas meja rotan.

Daud meraung-raung. Sesekali kalau didengar dari luar rumah, seperti ada kerbau disembelih di dalam rumah. Rosdin berhenti. Daud masih meraung-raung sambil mengerekot. Matanya masih tertumpu ke arah Rosdin meminta belas.

Rosdin sambil bercangkung di depan Daud menyalakan sebatang rokok. Dari mana dia mendapat rokok itu pun tak diketahui. Barangkali disorokkan dalam gulungan kain pelikatnya.

Sambil menghembus asap ke muka Daud, "Daud.. daud.. daud..". Lagaknya seperti orang-orang antagonis dalam filem. Memang tak disangka hari ini tiba-tiba Rosdin mengamuk.

"Lu kalau nak dibandingkan dengan gua, lu lagi sembahyang punya orang, tapi takkan hal macam gini pun lu tak boleh pikir? Daud.. daud.. daud..", Rosdin masih mengekalkan cara percakapan antagonisnya. Sambil kepul-kepul asap merewangi pelusuk rumah juga parunya.

Daud masih terketar-ketar. Memegang bibirnya yang koyak separuh. Adakala menyeramkan juga rupa Daud sekarang. Macam dalam filem 'Dead Alive' pun ada. Mungkin dia dah tak ke surau buat masa yang lama. Biasa la, manusia ni 'judge book by its cover'. Tak kisah la orang masjid ke, orang bank ke. Majoriti sama.



"Daud.. daud.. daud.. lu ni Allah ke?", Rosdin tak meneruskan kata-kata. Sambil menyedut rokok dalam nafas yang panjang. Berkeritik-keritik bunyi tembakau bercampur cengkih itu bila disedut dalam-dalam.

Daud diam. Tunduk.

"Macam mana lu boleh tahu sikit punya detail pasal pahala ni? Cube lu cerita kat gua. Gua ingat-ingat sepanjang gua hidup belum pernah gua jumpa Tuhan beritahu balasan sedetail-detail yang lu cakap ni. Dan apa nilai ibadat lu selama ni? Pahala? Syurga? Ganjaran?!!", Rosdin makin menengking. Daud makin lama macam makin terperosok di celah daun pintu. Daud jadi pipih. Barangkali kemaluan.

Rosdin berdiri dan terus pusing ke belakang menuju pintu depan rumah. Sempat dia menoleh dan membuat isyarat jari telunjuk dan menggerakkan pergelangan tangannya menjadilah ibarat menotrom. Seraya terus ke beranda menenangkan diri.

Daud masih pipih di celah pintu.


p/s: barua
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tugu (part 0.5)

lihat tugu 'indah'mu
tegak berdiri
yang dipahat oleh
tangan asing
seperti mengalirnya
darahmu untuk orang lain

- Usman Awang
Gua tak tulis full. Nak full cari tempat lain.. Kah kah.

p/s: Lu pernah terfikir wujud lontong semangkuk (gua pakai tapawer aiskrim besar tu), harga dia RM1? Sampai sekarang gua tak dapat selidik macam mana mak cik tu niaga. Duit roling datang dari mana. Tapi yang penting memudahkan gua dan orang sekeliling. Terima Kasih Mak Cik Lontong "Telur Nak? Kacang Nak?" Yang Steady.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 17, 2011

Tugu (part 0)

Asalnya gua nak bikin entri ini untuk edisi Merdeka. Tapi gua bukan jenis penyabar. Jenis amarah tu masih bercinta sama ruh gua. Tapi besok lusa gua penyabar juga.

Lu orang tak kenal benda ni memang payah la.

Gua tak rasa benda ni sebagai penghormatan untuk perajurit negara. Gua tak rasa yang negara kita punya perajurit selepas British memerintah. Lain la zaman batu belah batu bertangkup, zaman Laksamana Bentan. Masuk zaman orang putih dah ada takhta, satu umat melayu, cina atau india di negara ni hanya jadi balachi kalau masuk polis atau soljar. Tiada erti perajurit. Anjing Kompeni.

Konon tugu ini dibina atas kematian 'perajurit' (terlalu cantik kalau disebut perajurit walau sebenarnya hanya orang suruhan British) yang berjuang menentang Komunis. Konon komunis penjenayah nombor satu negara. Fakof.

Apa erti perjuangan polis-polis hutan membanteras komunis ni? Adakah mereka tahu punca asal peperangan ini? Atau hanya terima dan percaya lalu jadi syahadah apabila mendengar berita-berita dari corong radio? Mahu syahid menentang komunis? Hehe.. Gua bukan ahli dalam hal ini. Tapi tahu-tahu juga.

Gua tak rasa nak habiskan cerita ini hari.

bersambung


p/s: gua gembira samar-samar ini hari.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 16, 2011

Kakak

Semalam kawan gua ada announce hari jadi mak dia di Facebook. Jadi gua macam biasa menyibuk. Gua alihkan topik hari jadi mak dia kepada'Orang Jun' memandangkan maknya lahir pada bulan Jun.

Ok, baik gua lekas sebelum meleret sampai ke hal-hal komunisme serta freemason.

Tak lama lepas dari gua komen-komen melalut dekat announcement tu, tiba-tiba ada notification. Mula-mula gua ambil mudah.

Dia tulis ini macam:

PD ni 2 alam ke? gmbar puan nma laki.......
-Kakak Cun (gelaran gua yang bagi.. kah kah)
Gua steady terus balas. Memang etika gua macam tu. Penerangan mesti diberikan agar orang tahu sebab musabab yang buat orang puas hati. Gua memang macam tu. Lantak ah. Tak suka boleh pergi kandang babi makan tahi.


bukan kak.. gmbr profile ni cume mcm satu ekspresi pada pemikiran saya.. cth: skg sy nga kagum sama zooey deschanel.. jadi gmbr pun letak gmbr dia.. hahaha
-ini gua balas
Ok cerita gua tak mungkin tamat macam setan. Ada lagi sambungan.

pert.. tu mak gua la gila..
-kawan gua balas


Gua terlopong. Sekejap je. Lepas tu gua balas semula.

Yang lu orang semua nak tahu ni apahal? Cukup la sampai situ. Itu je main point dia. Kakak. Gua dah terpanggil mak kawan gua kakak.

*      *      *

Semalam kawan gua tadi tu sempat menyenaraikan perihal 'Orang Jun' untuk gua. (TQ). Dari mana dia dapat gua tak pasti, tapi yang pasti bukan dari amil-amil zakat ataupun orang tabung haji. Tak tahu pun tak mengapa. Ada banyak hal lagi penting dari tahu dari mana dapat benda ni. Jadi gua pamerkan beserta komen gua. Mana yang gua bold merah tandanya gua setuju.

Jun
  • Berfikiran jauh & berwawasan. - ini dah tentu-tentu ada dalam diri gua
  • Mudah ditawan kerana sikap baik. - ini gua ragu
  • Berperangai lemah lembut. - ini pun gua ragu-ragu
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. - ini macam betol, lu orang tak boleh baca tindakan gua.. kah kah kah..
  • Idea yang terlalu banyak di kepala. - ceh, ini dah pasti la
  • Bersikap sensitif. - sensitip jadah, gua batu la woi, batu!!
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). - makin lama makin banyak betol lak.
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera. - ini mungkin, tapi gua jenis boleh handle
  • Bersikap suka menangguh-nangguh. - babi apahal ulang benda sama?!!
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. - certain benda la.
  • Cepat marah & cepat sejuk. - hahahahahaha
  • Suka bercakap & berdebat. - gua lebih suka menyendiri.. ahaks (tak pandai tipu)
  • Suka buat lawak & bergurau. - gua jenis serius sampaikan gua tengok maharaja lawak tak ketawa
  • Otaknya cerdas berangan-angan. - lagho ni.. lagho.. tahyul
  • Mudah berkawan & pandai berkawan. - maaf, saya bukan jenis suka berkawan dengan orang kelas atasan
  • orang yang sangat tertib.  - yang ini sangat betol.. tiada was-was.. 'sangat' tu tak boleh tahan.
  • Pandai mempamerkan sikap. - cepat kantoi.. bangang Pert
  • Mudah kecil hati. - tak juga. zzzzz
  • Mudah kena selsema. - ni apahal bodoh na? tibe-tibe selesema
  • Suka berkemas. - of course.
  • Cepat rasa bosan. - kepala hotak. Gua jenis tak reti bosan lu tahu..
  • Sikap terlalu memilih & cerewet. - pundek apa? ni siapa ni yang buat list ni? bangang.
  • Kurang mempamerkan perasaan. - betol, gua kerap memendam rasa. kah kah
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. - lu nak kata gua kuat dendam apa?
  • Suka pada barang yang berjenama. - jenama apa sangat gua suka. gua pakai gamis je ke mana-mana
  • Mudah menjadi eksekutif. - eksekutif ni apa?
  • Kedegilan yang tidak terkawal. - kah kah kah..
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan. - I like.
Gua ingat orang yang buat list ni macam main reka-reka je.

p/s: lepas ni mungkin gua akan berhati-hati dengan kawan-kawan gua yang lain. Tak terpikir pulak mak kawan gua tu jenis rajin nak godek-godek facebook. Gua jadi segan trus kaver dengan cara berkomentar dengan 'kakak' tu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 15, 2011

Jamie Reid

Nama sebenar Jamie Reid ialah Nasyitah Zulaikha bte M. Salleh.
Gua rasa la.

p/s: gua nak tido ni.. apa hal susah benar..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Hero Yang Lupus


Kenapa tak ramai rasa dia ni Hero? Kerana dia dianggap bersekutu dengan Komunis? Kerana dia dipenjara dek British? Lagi kerana apa?

Pada pandangan umum, dia adalah dungu kerana menentang British membabi buta. Tidak seperti Dato' Onn yang ada give and take dengan British. Jadi mana ada dengar cerita Dato' Onn dihumban ke penjara atau dibuang negeri atau apa saja. Kerana masing-masing punya cara sendiri.

Hero ini tak diagungkan dalam buku teks sejarah kamu semua. Kerana dia dilabel sebagai 'pembangkang'.

Lepas tu yang gua tak pasal-pasal menulis macam ni apahal?

bangang betol.

Ahmad Boestamam lu kenal?

p/s: malam tadi gua bual dengan sorang pakcik pasal politik Malaya. Tapi gua bukan jenis bual buta-buta. Gua memang ada baca. Jadi boleh 'gu' la jugak cerita gua sama dia. Tapi sepanjang berbual gua tengok dia macam tak sudah-sudah main sms. Gua dah fikir bukan-bukan jugak, pasal dia dah berbini. Takkan dengan bini nak main sms sampai kontrol-kontrol senyum. Hal politik dah melalut sampai ke hal anak-anak dia. Gua kusut, gua tidur.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 14, 2011

Bulan Sabit Merah



Sejak gua jaga sekolah ni, gua macam ada terkenang sedikit sebanyak kisah-kisah silam gua.

Sepanjang gua darjah satu sampai la ke darjah enam, gua ingat-ingat gua tak pernah ada baju persatuan beruniform. Gua macam tak tahu ada scene baju uniform. Yang gua tahu pakai baju sekolah putih seluar warna biru. Songkok gua tak lupa. Gua jenis mesti pakai songkok ke mana-mana, hatta ke gelanggang sepak takraw di kawasan kejiranan gua.

Gua ingat-ingat macam gua ada join Pesatuan Bulan Sabit Merah. Tapi itu pun atas dasar suka-suka gua, pasal gua dengar-dengar budak-budak Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah gua tiada aktiviti kawat. Gua tak pernah apply pun gua punya persatuan. Gua kadang-kadang musykil juga, apa hala tuju hidup gua ni. Macam tiada etika (pasal etika ni gua start join kira-kira umur dah masuk 15 rasanya). Lu bayangkan, kalau gua ke bilik Pengakap pun orang kata gua pengakap (kalau budak sekolah gua dulu tak sebut pengakap, dia orang sebut "Pengangkap". Mana datang 'ng' tu gua tak tahu, budak-budak sekolah gua memang advance bab-bab bahasa, lu orang jangan ketawa.). Kalau gua ke bilik Puteri Islam pun gua ingat orang kata gua persatuan Puteri Islam.

Benda ni berlarutan sampai gua habis sekolah darjah enam. Sampai buku rekod dipulangkan. Dan gua rasa dalam buku rekod dan surat berhenti sekolah tu dia tulis gua bukan Persatuan Bulan Sabit Merah.

Sejak dari itu, gua mula ada prasangka pada guru-guru di seluruh Malaysia. Dia orang ni buat kerja ke tidak?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 13, 2011

Assalamualaikum Wak..


Hari ini, gua naik pegasus pusing-pusing bumi. Seronok juga rasanya. Pantas. Kalau dahulu gua kalau nak ke mana-mana selalu berjalan kaki. Ada kala letih juga. Sampai suatu ketika, gua tertidur bawah jejantas. Tapi gua pusing-pusing bumi ni hari macam tak tentu hala. Gua mula-mula ajak pegasus menghala ke Kaabah. Dia kata ok. Sampai-sampai gua bukan di Mekah pun. Madinah jauh sekali. Pegasus bawa gua ke Air Terjun Niagara. Kuat betul deruan air tejunnya. Gua terpegun seketika. Sempat juga gua memuji-muji tuhan dalam bahasa Hebrew.

"Apahal lu bawa gua ke sini? Gua nak ke Mekah bukan nak pergi mandi air terjun!", gua jadi berang.

"Gua haus la. Kejap lagi sampai la Mekah", Pegasus balas balik ke gua.

Kalau diikutkan memang kelajuan Pegasus ni lebih dari tiga ratus juta meter per saat. Lebih dari kelajuan cahaya. Jadi nak ke mana-mana pun ibarat menggunakan 'Pintu Suka Hati' je la. Cuma yang gua paiseh pasal dia tak beritahu tentatif perjalanan. Jadi gua terpinga-pinga la. Untung gua sering guna sejadah yang ada gambar Kaabah, jadi gua tahu Kaabah tu apa dia. Cuba kalau gua tak tahu Kaabah tu rupa macam mana. Silap-silap, Niagara tu gua anggap Kaabah. Kan dah jadi hal di situ. Pegasus ni pun gua rasa tak pernah rasa kena terajang 'buah bal' dia ni. Tu yang buat pe'el bukan-bukan.

"Assalamualaikum, Wak", dalam gua sedang tunggu Pegasus minum tiba-tiba gua dengar suara budak dari arah belakang gua.

Gua pandang.

Suasana tak semena-mena berubah. Niagara tadi dah hilang ke mana. Pegasus apatah lagi. Lagi cepat dia lesap. Tahu-tahu gua ada depan pagar sekolah. Yang gua nampak ada budak bawa beg besar. Tengah pandang gua. Macam tunggu sesuatu. Gua terkebil-kebil kejap.

Gua cuba jawab salam tadi, "Waalaikum salam".

Baru lah budak tu beredar. Bertempiar juga dia berlari. Gua senyum geleng kepala.

"Oooo", gua jadi 'o' panjang sendiri.

"Eh..", gua jadi 'eh' pulak. Juga sendiri.

"Gua ni macam orang-orang yang dah tua ke?", gua tanya pada diri gua.


p/s: Bukan seorang dua panggil gua Wak. Dengan ada cikgu pun panggil gua Wak. Nak jadi hape? kah kah kah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Bidaah

"Tak boleh!! Itu bidaah!", tengking Ajmain. Menyala-nyala matanya. Marah sangat gayanya.

"Setiap yang bidaah tu sesat", sambungnya lagi.

Semua gara-gara anaknya, Azrael meyuarakan pendapat mengenai perbuatan mingguannya. Azrael sering ke masjid pada setiap malam jumaat. Yasinan. Hari ini, Azrael mengajak Ajmain bersama. 

Orang masjid, Salahudin sama Rahmat sering bertanya kepada Azrael mengenai bapanya. "Bapak kau ada kat rumah, Ril?". Kadang Azrael sampai jadi malas nak jawab. Cuma hari ini dia tergerak mengajak bapanya sekali ke masjid. Bukan apa, sekali sekala jumpa orang-orang kampung. Sudahlah majlis-majlis ceramah Maulud Nabi pun bapanya tak pernah terlibat, kenduri kahwin pun kadang-kadang. Bila agaknya masa bapanya nak join aktiviti kampung.

Azrael jadi geleng kepala. Rasa mahu dilempang juga bapanya ini.
"Kau ni belajar jauh-jauh tu la yang jadi sesat. Dah tak reti beza bidaah dengan tuntutan nabi", panjang juga syarahan Ajmain lemparkan. Tampak berilmu.

"Bapak...", "Apa benda?!", belum sempat Azrael menghabiskan ayat dah ditempelak dek bapanya.

"Bapak, Aril ingat bapak jangan tengok tv tu la..", Azrael menyambung semula.

"Apesal pulak?!", menengking tak sudah-sudah si Ajmain. Meluat juga jiran-jiran kalau ada jiran suara macam si Ajmain. Tak sudah-sudah menempik. Silap-silap haribulan ada yang kena baham harimau. Gua pun kadang menggigil je kaki tengok Si Ajmain. Nasib bukan zaman gua naik pailang. Salah-salah hemat, ada yang berguling ke masjid.

"Bidaah tu, tv bukan sunnah", pendek mantap serta berwawasan. Azrael juga bukan calang-calang ilmu agama.

Terkulat-kulat Ajmain jadinya. Tapi terus menonton slot Akasia.

p/s: nak betah, baik betah sekarang, gua dengar-dengar Ajmain dah mula kembali ke jalan yang betul. Dah join aktiviti kampung. Masjid tu dah macam rumah dia. Cuma takde sampai dia mandi di masjid. Azrael pula gua dengar dah berkelana di kawasan pergunungan Tibet.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 12, 2011

Ketagih.. Sebelas Juni

Gua macam biasa. Pantang sekolah kosong.

Gua ushar kolar baju.

Adakala gua tengok dah macam tapak kasut gua punya kolar.

Disgusting.

Gua tak berapa amik pusing hal-hal macam tu dua tiga hari ni.

Gua seluk poket.

*     *     *






Paling buruk gua rasa

Ni secara dongeng adalah Socrates (hal socrates ni nanti gua cerita lain kali)


Sebelum gua ronda untuk kali terakhir pada 11 Jun 2011, gua sempat lukis binatang.

Gua yakin gua lukis binatang.
Tapi kadang-kadang macam serangga.


p/s: sebenarnya gua tiada idea menulis kali ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 11, 2011

Kaver 'Cewah'

Gua dah bosan memang gua melukis.

Semalam gua tarik laci jumpa pensel, ni hari gua tarik laci terus ambil pen. Pen tu memang ada sentiasa dan gua memang tahu. Pasal gua pakai buat tulis laporan.

Gua raba poket seluar. Gua tahu sangat memang ada.

Buka je buku nota kecik gua. Terus gua lukis tanpa ada lakaran. Gua terus bajet-bajet.

Macam celaka rupanya lukis kalau takde lakaran pensel.

*      *      *

Dekat 20 minit gua rasa.
Diadaptasi dari kaver depan 'CEWAH'
Gua guna alat-alat pen sama market whiteboard je.
Gua sambung ronda.

p/s: hari ni lebih 4 lukisan gua buat. Besok kalau dakwat pen habis jangan tanya gua. Ahaks.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Kxamall Yushov

Kxamall Yushov, antara lelaki yang paling kuat pengaruhnya untuk pejuang-pejuang bawah tanah ketika pemerintahan Stalin. Kxamall juga lebih dikenali dengan nama "Zheleznyĭ chelovek" (dibunyikan Zuliznicloviak) atau dalam bahasa melayunya "Lelaki Besi" ketika itu. Kxamall mendapat gelaran sedemikian adalah disebabkan seluruh bahagian dalaman badannya diliputi besi. Ini adalah disebabkan Kxamall rela hati untuk menjadi bahan kajian saintis-saintis Soviet.

Ketika pemerintahan Stalin, memang banyak kajian-kajian sains yang dianggap merepek oleh sesetengah manusia telah dilakukan dengan berjaya, namun kebanyakan kajian-kajian tersebut hilang setelah Jajahan Soviet telah berpecah. Ada saintis-saintis yang melarikan diri ke negara-negara bekas jajahan, ada juga yang membunuh diri, tidak kurang juga yang berhenti menjadi saintis tetapi buat MLM sepenuh masa.

Kxamall pernah menyertai perang dunia kedua tanpa ada kecedraan berat atas sebab besi yang telah ditanam di badannya menjadikan organ dalamannya tidak lut dek peluru. Lebih mudah difahami Kxamall adalah cyborg, juga antara cyborg khas untuk perang yang terawal telah dibina. Boleh juga dikatakan sebagai ancaman.

Kxamall dikatakan menghembuskan nafas terakhir di Azerbaijan. Di kawasan pergunungan. Ramai yang memberitahu Kxamall meninggal dunia atas sebab pengaratan besi di dalam tubuhnya. Namun itu semua tidak dapat dipastikan kerana tiada siapa pernah menjumpai pusara Kxamall. Ada sumber mengatakan yang Kxamall merupakan seorang Muslim. Namun semua itu ibarat cerita dongeng Aladin. Nama Kxamall tidak pernah tercatat dalam mana-mana buku sejarah di dunia. Namun bila bertanya pada orang-orang lama yang masih tinggal di kawasan bekas jajahan Soviet, hampir semua mengenali "Zheleznyĭ chelovek".

Ada yang mengatakan beginilah rupa Kxamall.


*      *      *

"Woi Sop, pass la bola tu kat aku. Apa benda bawak sorang?!!!", jerit Salamian kepada Kxamall. Suara masih belum pecah. Kalau tak salah baru masuk darjah empat.
Di Malaysia, Kxamall Yushov juga ada tetapi bukanlah "Zheleznyĭ chelovek" seperti Kxamall di Azerbaijan. Di Malaysia, Kxamall-nya lebih kepada permainan kanak-kanak. Langsung tidak gentar mendengar nama Kxamall. Sangat lain. Tiada langsung lagenda.



Gua ronda-ronda kelmarin, ternampak nama ni dekat notis bod.

Lekas gua snap.

p/s: Gua rasa yang pasal Kxamall Yushov di Azerbaijan tu gua tak tipu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 9, 2011

PENSEL

Dah puas gua ronda sekolah. Gua macam buntu.

Ngantuk pun ada. Tapi gua buat steady. Macam hari-hari biasa.

Buku Budak Getah isu 61 ada atas meja. Seingat gua dah lebih 4 kali gua khatam. Kadang kala terngiang-ngiang juga dialog-dialog dalam tu. Tapi gua tolak tepi semua tu, itu hanya gangguan jin pada gua. Biasa memang golongan jin dan syaitan ni yang suka nak bisik-bisik, lebih-lebih lagi dialog-dialog dari komik. Macam waktu gua sekolah menengah dulu, kerap juga gua terngiang-ngiang, "Tinju Maut Pendekar Laut 1,000,000 HP" ketika dalam kelas matematik moden. Gua kadang-kadang teringat rasa seram jadi kuat menyelubungi. Tapi macam biasa, gua tolak tepi saja benda-benda tahyul macam tu.

Gua tarik laci belek satu-satu benda ada dalam tu. Last-last jumpa satu benda yang menakjubkan pada hemat gua.




PENSEL.


Terus gua raba poket seluar. Cantik. Gua ada bawa.


*      *      *

Lepas 20 minit anggaran gua.

Dalam tempoh menunggu masa gua melakukan rondaan ke-6.
Gua lukis perkara yang ada depan gua.
Lukisan dibuat atas buku nota kecik saiz 1 per 6 A4 gua syak.
 Pukul 5 petang.

Gua terus pergi meronda.

p/s: kadang-kadang pensel ni satu benda yang amat berharga. Lu nak argue boleh pergi makan tahi. Tapi yang paling cinabeng, gua boleh tertinggal botol air masak kat rumah tadi. Macam setan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mastika

AMARAN: Post kali ini agak ilmiah. Kalau lu orang nak bangkang, silakan. Kah kah kah.

Kadang kala Mastika ni berilmiah juga gua rasa. Walaupun headline dia tulis tajuk-tajuk mengarut persis Metro. Gua macam dapat iktibar tadi bila terbaca satu part.

"Jangan kamu berbuat amalan sebab takutkan Allah."

Mula-mula baca memang gua rasa semacam. Apahal ayat dia macam itu.

Gua baca lagi. 

"Buatlah amalan sebab rasa kasih cinta dan sayang kepada Allah."

Baru gua dapat. Maksudnya macam solat orang takut nak tinggalkan sebab takut balasan dia. Di situ dah nampak hilang satu nilai yang amat penting dalam kesempurnaan melakukan amalan.


Apa benda?


Ikhlas. Hilang terus nilai ikhlas itu jika lu orang sentiasa memikirkan balasan. Sebagai contoh lain. Lu buat malan kerana pahala. Sama je dengan konsep tadi buat amalan sebab takutkan neraka.

Lagi dalam Mastika tadi gua ada baca bahagian Saidina Usman menangis melalui kuburan.

Dia ada cakap, "Kalau nanti aku diletakkan di neraka, aku masih bersama manusia yang lain, tetapi bila di kubur aku keseorangan."

Sedangkan khalifah Islam pun tidak pernah berkira mengenai Syurga Neraka, inikan gua yang tak khalifah langsung.

Dan yang gua dapat lagi tadi, kamu bersikap jahat macam manapun Allah itu tetap Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Jadi apa masalahnya jika lu orang pun bersikap demikian juga. Tuhan tak pernah berkira pun dengan lu orang, lu nak buat baik pun berkira. Pui.

keh keh keh.. emosional gua ni hari.


p/s: "ko tak payah nak bajet baik sangat la Pert.", Mesti ada yang terlintas di hati sebelum baca 'p/s'. hahahahahahahahaha
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 8, 2011

Trend la woi.. Trend..

Gua tak kenal Adinda Milano Evans.

Ok gua sayur sebab tak kenal. Gua buta IT.

Abis pasal gua tak kenal gua dikatakan tak ikut trend. Apa barang.

Abis kalau gua tak tahu siapa pencipta telefon gua dikatakan tak ikut trend? Bodoh.

Lancau apa pengetahuan macam tu. Kalau gua tahu pun siapa Adinda Milano Evans, bukan gua boleh buat apa-apa. Macam gua kenal Najib. Bukan boleh buat apa-apa.

Memang orang sekarang sumber inspirasi diorang Facebook, Twitter, Blog, apa ke pundek semua tu, bukan gua boleh buat apa-apa pun.

Budak-budak Yahudi yang merokok di tepian kedai: (meludah) It's a free country, isn't it?
Doug 'The Head' Denovitz: Well, it ain't a free shop, is it? So fuck off!

Gua pegi Google kejap tadi. Taip Adinda Milano Evans. Tak cun. Gua berharap sesuatu yang seronok. Sial betol.


p/s: Gua tengah menulis tadi boleh lost kejap. Bodoh betol. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 7, 2011

Lu tahu PPKKM?






p/s: gua dah tak kerja angkat sayur.. kah kah..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 6, 2011

Mangga Manis

Pukul 10 pagi, "Mari Beli! Mari Beli! Mangga Manis! Harga sekilo empat ringgit! Murah! Murah! Murah!".

Pukul 1.30 tengah hari, "Mari Beli! Mari Beli! Mangga Manis! Harga sekilo empat ringgit! Murah! Murah! Murah!".

Pukul 3 petang, "Mari Beli! Mari Beli! Mangga Manis! Harga sekilo empat ringgit! Murah! Murah! Murah!".

Pukul 7 malam, "Mari Beli! Mari Beli! Mangga Manis! Harga sekilo empat ringgit! Murah! Murah! Murah!".

"Eh, babi naaa!! apa tak reti penat ke benda alah ni?!" getus gua sambil renung sebiji hailer warna biru putih.


p/s: entah ye je manis. Gua tengok macam dah tak semenggah je mangga-mangga tu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...