Pages

Mar 15, 2011

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana?

Johnny. Seorang yang sangat punk di sekitar Beroleh. Sehingga bukan bab pakaian serta hati sahaja punk, malah bab makan minum, hari raya serta prejudis terhadap sistem pemilihan calon ketua balai raya juga sangat punk. Johnny lebih rela makan dengan foreigner berbanding makan dengan budak-budak kampung. Baru punk. Melawan normal. Ada kala Johnny juga sanggup berjalan kaki ke bandar. Johnny memang sangat chaos.

Johnny yang tidak berapa busuk

Pada hari Selasa lepas, Johnny bertemu kekasih berdekatan kawasan perindustrian di Jalan Megah. Lama juga dia dah bersama kekasih ini. Nama kekasihnya, Melati Swatzosksi. Agak keterlaluan juga nama itu. Tapi apakan daya, punk juga ada rasa nak bercinta. Macam Sid Vicious juga. Johnny siaga dengan jaket kulit serta seluar ketat. Paling tak dilupakan, but. Kalau bukan Dr. Martens, itu bukan Johnny.

Dipendekkan cerita, Johnny datang dengan basikal prewel matinya pergi bertemu kekasih. Johnny bersiul lantang lagu 'Anarchy in the UK'. Segalanya sangat girang. Sehingga Myanmar-myanmar yang keluar rehat dari kilang juga menyanyi mengikut irama yang disiulkan Johnny. Sekali pandang suasana macam filem Hollywood keluaran tahun 1950-an cuma lagu tema diubah kepada era yang lebih moden.

Tak lama berkayuh, Johnny sudah dapat lihat kelibat Melati. Melati juga agak punk dari segi pakaian. Tapi setahu gua, dia tak punk pada hati. Dia poser. Keh keh keh. Manakan tidak, gebang kuat si Melati ni. Kata dia tak puas hati pada manager 7-Eleven tempat dia bekerja, tapi ulang-ulang benda sama. Melawannya tidak. Itu la yang Johnny pernah rungutkan pada gua.

"Oi, turtle dove!", sambil mengayuh Johnny sudah menjerit ke arah Melati.

Skreeetttttt!!! Johnny melakukan drift.

"Morning ma briney marlin, you look so fuckin' good today", Johnny yang sangat terikut-ikut slanga England membuka bicara. Jika tidak dilihat dari rupanya, memang orang England juga menyangka dia adalah orang England.

Tapi Melati hanya mendiam diri. Bagai ada sesuatu yang mahu diluah tapi tak sanggup diluah.

"Are you alrite, love?", Johnny seakan dapat merasakan sesuatu. Johnny tahu Melati sedang menyorokkan sesuatu.



Bersambung.....

p/s: Johnny sebenaynya tidak mahu gua cerita kisahnya pada orang ramai. Tapi apa gua kisah.. Gua sekular.. kah kah kah

17 comments:

  1. lol.

    apa kaitan sekular dengan cerita jugak walau dihalang empunya badan?

    haha/

    ReplyDelete
  2. ak xsabo nk tau smbugan nih

    ReplyDelete
  3. mcm best...oh, nancy (sleng england)

    ReplyDelete
  4. laa mende.. tulis sekerat2.. saspen btol

    ReplyDelete
  5. kalau tak pernah makan kat warong pak junid,lu memang pertvert.

    ReplyDelete
  6. to sastraboy.. keh keh.. xde kaitan.. tp boleh je nak kaitkan

    ReplyDelete
  7. To Anon1, sabar.. sabar.. nanti gua pukul

    ReplyDelete
  8. To ah cai.. nancy gua dah xwujud.. keh keh..

    ReplyDelete
  9. To Tupai Karan, keh keh keh.. saja.. provok minda masyarakat

    ReplyDelete
  10. to Anon3, siapa pak junid? Kalau fandi ahmad gua kenal..

    ReplyDelete
  11. To anon4, lu tak tahu beroleh? Penyakit lu ni..

    ReplyDelete
  12. pertvert,pak junid tu arwah atok gua.nak makan free sila sebut nama gua 3 kali,dalam hati baca selawat 3x dan al-fatihah juga basoh kaki sebelum mandi hadas.

    ReplyDelete
  13. to anon yang keberapa nth.. ni dah jauh sgt lu ni..

    ReplyDelete

Saya percaya pada kebebasan berbicara, tapi saya percaya kita juga harus memiliki hak untuk mengomentari kebebasan berbicara.